Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penghargaan McDonald’s Malaysia kepada Petugas Barisan Hadapan Perubatan

Seruan #KitaBoleh oleh McDonald’s Malaysia



Musuh tanpa mata yang melanda ketika ini, COVID-19 bukan rekaan. Ia adalah kenyataan yang perlu ditempuh oleh dunia. Waktu ini, bukan barisan hadapan sahaja yang perlu bertungkus lumus untuk memberi kemenangan kepada Malaysia dalam menentang COVID-19. Setiap rakyat dalam sesebuah negara perlu bekerjasama bagi memutuskan rantaian wabak ini daripada terus menular.Tidak terkecuali, McDonald’s Malaysia juga memberikan sokongan kepada para petugas barisan hadapan perubatan khususnya dalam menghadapi pandemik yang mencabar ini.


Hospital Sultan Ismail


Ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang turut mengambil peduli tentang keadaan semasa negara. Apa yang mereka lakukan dalam kempen ini adalah membuat penghantaran makanan yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit-pesakit COVID-19. Sudah pasti pemberian ini sedikit sebanyak dapat membuatkan para petugas barisan hadapan perubatan lebih bersemangat dan gembira di sebalik kerja keras mereka.

Berkaitan dengan hal itu, tajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 petugas barisan hadapan perubatan. ‘Hero’ yang menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, rela berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan nyawa seseorang, wajar diberi penghormatan yang selayaknya. Disebabkan usaha hero kita yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu ini, rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu dan bantuan dari setiap sudut. Waktu getir ini bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pelbagai pihak, tetapi bersatu padu menghadapi pandemik ini.


Hospital Tampin


Untuk pengetahuan semua, inisiatif terkini oleh McDonald’s Malaysia ini merupakan kesinambungan seruan #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Saya sendiri amat bersetuju dengan usaha yang dibawa oleh mereka. Sejak wabak COVID-19 melanda, rasa seperti sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta orang lain. Penggunaan #KitaBoleh di media sosial juga sentiasa mengingatkan kita bahawa kemenangan dalam menentang COVID-19 pasti akan kita gapai satu hari nanti dengan kesepaduan yang utuh.


Hospital Temenggong


Selain itu, panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi wabak tersebut. Sememangnya tanda pagar ini amat sesuai dengan semangat yang mereka bawa ketika ini. Jika petugas barisan hadapan mampu bekerja mencurahkan bakti semaksimum mungkin, kenapa tidak kita bukan?

Hospital Bentong

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, "kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Azmir juga mengiktiraf pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, yang secara langsung meletakkan senyuman di wajah para petugas barisan hadapan di hospital.


Hospital Likas


Syukur sangat apabila ada usaha sebegini, seperti pihak McDonald’s Malaysia menghantar makanan untuk petugas barisan hadapan perubatan. Kita juga sepatutnya mencontohi apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak dapat memberi banyak, pemberian yang sedikit tapi ikhlas, itu sudah memadai.

Tempoh pelaksanaan PKP adalah tempoh yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bersatu padu berusaha untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menyerang. Ia bukan mudah dilaksanakan tetapi dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, kejayaan melawan wabak ini bakal dikecapi.

Sebagai penghias bicara akhir, marilah kita bersama-sama petugas barisan hadapan berganding bahu menjayakan usaha yang akan memberi beribu manfaat kepada semua.

Patuh arahan, jaga kesihatan dan keselamatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.. InsyaAllah kemenangan melawan wabak ini akan kita genggam.


15 ulasan for "Penghargaan McDonald’s Malaysia kepada Petugas Barisan Hadapan Perubatan"

  1. wah prihatinnya mekdi :)

    BalasPadam
  2. Salute usaha McD ni. Dari dulu sampai la tip top bab charity.. moga urusan barisan hadapan kita dipermudahkanNya. Lagi-lagi dalam pandemik yang cukup mencabar ni kan..

    BalasPadam
  3. inisiatif yang sangat bagus dari Mc Donalds, banyak jasanya pihak frontliner ni, bertungkus lumus memastikan keselamatan semua

    BalasPadam
  4. Tahniah McD! Moga urusan barisan hadapan kita dipermudahkanNya.

    BalasPadam
  5. Tahniah McD Malaysia buat inisiatif macam ni. Satu usaha yang murni.

    BalasPadam
  6. bagus la gini. sebagai 1 syarikat franchais makan yg besar, perlu cakna. beri kegembiraan kpd yg perlu, contohnya frontliners ni. mereka penat. mereka sgt letih. bila dpt gini, kembang hati mereka, berbunga-bunga. buat kerja lepas tu pun jadi releks aje kan. perut kenyang, hati pun senang...

    BalasPadam
  7. Terbaik dan tahniah kepada Mcdonals membantu frontliner semua, Moga frontliner semua di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, rezeki frontliners dpt mcD. Semoga mcD selalu buat charity sebegini. Yeay.

    BalasPadam
  9. Bagus McDonalds ni banyak inisiatif dorang untuk charity ni kan. Baru rasa seronok nak makan mekdi selalu camni. Haha

    BalasPadam
  10. Suka dgnCSR mekdi ni..dekat di hati gitu.. Yalah org msia kn prihatin.. Gud job mekdi

    BalasPadam
  11. bagus McDonald's ni.. kami petugas barisan tengah yang tak pernah cuti jugak sejak PKP1.0 .. meh la bantu kami jugak... hahaha

    BalasPadam
  12. Tahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.

    BalasPadam
  13. Thank you McDonald's sebab menaja makanan buat fronliners. Inisiatif yang sangat bagus dalam menghargai jasa frontliners.

    BalasPadam
  14. Tahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!

    BalasPadam