Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan

Kempen #LekLuMcDBelanja McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan



Pada masa ini, seperti yang diketahui, negara Malaysia masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh ini, rata-rata rakyat Malaysia mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah disarankan oleh kerajaan. Walaupun pergerakan agak terbatas ketika ini, keadaan ini tidak menyekat rakyat untuk menikmati makanan kegemaran bersama keluarga. Jadi, khidmat penghantar makanan amat diperlukan. Rezeki buat mereka yang ke hulu dan ke hilir demi memenuhi tempahan pelanggan, McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan atas kerja keras mereka yang tidak berbelah bagi ini.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan


Apa yang dilakukan adalah McDonald’s Malaysia membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh PKP ini. Rasa bersyukur dan gembira dengan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia buat mereka.

Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya. Seperti mana kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia,

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

McDonald’s Malaysia Belanja Rider
Pasukan McDonald’s di Kuala Terengganu bergabung dengan program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder dengan Keju percuma kepada penunggang penghantaran sebagai tanda penghargaan.


“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

Kadangkala terpandang wajah penat penghantar makanan berehat di sisi motosikalnya setelah selesai membuat penghantaran kepada pelanggan dan menunggu pesanan masuk. Benar, kadangkala mereka tidak sempat untuk menjamah makanan mengisi perut sendiri kerana lebih pentingkan pesanan pelanggan yang merupakan tugas utama mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka bersungguh-sungguh melaksanakan tugas sebagai penghantar makanan.

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai, di restoran McDonald’s seluruh negara.

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan
Penghantar makanan McDelivery menerima Quarter Pounder dengan Keju percuma, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021.


Penghantar makanan selayaknya menerima penghargaan sebegini kerana memudahkan pelanggan dan ini sudah pasti dapat mengurangkan pergerakan rakyat Malaysia untuk keluar rumah. Seterusnya, secara tidak langsung membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Ada juga di antara penghantar makanan yang baru sahaja bekerja dalam bidang ini disebabkan pendemik ini yang mengubah perjalanan hidup mereka. Disebabkan itu, rakyat Malaysia sepatutnya memberikan sokongan dengan menggunakan khidmat mereka yang mula menjadikan tugas ini sebagai punca pendapatan utama. Seperti penghantar makanan McDelivery Roslina Talhad yang merupakan ibu kepada lima anak, beliau perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

Rider McDonald’s Malaysia
Roslina Talhad, Penghantar Makanan McDelivery


“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

Pelajar juga tidak terkecuali menjadi seorang penghantar makanan pada musim pandemik ini. Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajiannya.

Rider McDelivery
Mohamad Azyhan Musa, Penghantar Makanan McDelivery


“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Penghantar makanan adalah frontliner. Tugas mereka nampak mudah tetapi tetap ada cabarannya. Meredah hujan dan panas sudah menjadi lumrah hidup mereka. Pesanan pula perlu dihantar dalam masa yang ditetapkan, sehingga ada yang hampir menjadi mangsa kemalangan jalan raya demi menepati masa.

McDonald’s Malaysia Rai Penghantar Makanan


Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin seharusnya menghargai susah payah kerja penghantar makanan yang sering dianggap kerja senang oleh segelintir pihak. Sebaiknya elakkan juga untuk membatalkan pesanan pada saat akhir supaya tidak memberi bebanan kepada mereka. Lebih baik jika kita meraikan tugas mereka dengan mengucapkan terima kasih.

Seperti William Quah yang merupakan penghantar makanan McDonald’s sudah berpengalaman dalam bidang ini selama dua tahun berkata,

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

McDelivery Rider
William Quah, Penghantar Makanan McDelivery


“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

Sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, McDonald’s Malaysia mengajak kita semua untuk berkongsi gambar atau video bersama #RiderKu di media sosial anda dan meletakkan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Sebelum mengakhiri wacana ini, marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini yang akan memberi beribu manfaat kepada semua pihak khususnya penghantar makanan. Belajar menghargai dan menghormati, pasti kita juga akan dihormati.


3 ulasan for "#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan"

  1. Orang Malaysia memang baik dan pemurah. Semoga inisiatif McDonald's Malaysia kalini dapat menaikkan semangat abang/kakak rider penghantar makanan lebih semangat untuk bekerja. Mana tahu lepas ini ada yang nak cover insurance pula. Ameen.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki utk penghantar makanan kita. Ada McD yang menghargai penat lelah mereka dengan belanja burger.

    BalasPadam
  3. Yeayyy seronoknya... Taksalah kita nak hargai jasa dan pengorbanan para rider. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!

    BalasPadam