-->

Tempe Ikan Bilis Goreng Berlada, Sedap Makan dengan Nasi Panas!





Resepi Tempe Mudah dan Sedap


Lauk yang ringkas serta mudah disediakan, menjadi pilihan ramai orang termasuklah Mai sendiri. Bila bercakap tentang lauk ringkas, teringat pula tempe ikan bilis goreng berlada. Sedapnya makan dengan nasi panas! Terus terasa-rasa di tekak dan terbayang rupanya di minda. 

tempe ikan bilis goreng berlada
Tempe ikan bilis goreng berlada


Selain dibuat goreng kunyit atau sambal merah, sedap juga tempe dimasak ringkas cara begini. Selain dimakan bersama nasi, tempe ikan bilis goreng berlada juga sedap dimakan bersama lempeng kosong dan roti. Kadang-kadang, Mai makan begitu sahaja buat ratah saja pun cukup dah hehe.

Sebenarnya banyak resepi menggunakan tempe bukan? Sekali sekala mahukan masakan ringkas tapi sedap, makan jadilah tempe ikan bilis goreng berlada. Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Asalkan cukup bahan-bahan yang diperlukan, bolehlah membuat hidangan yang ringkas ini.


Resepi Tempe Ikan Bilis Goreng Berlada


Bahan-bahan:

Tempe ikan bilis goreng berlada

Tempe (dihiris nipis)
Garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng tempe
Segenggam ikan bilis
5 biji cili padi (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Gaul tempe dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, goreng sehingga keemasan. Setelah siap, ketepikan sebentar.
2. Kemudian, goreng ikan bilis sehingga garing. Setelah siap, ketepikan sebentar.
3. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi.
4. Apabila siap, tumis bahan kisar sehingga garing. Tambah gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan tempe dan ikan bilis yang siap digoreng tadi, kemudian gaul rata.
Siap!


Anda juga boleh menonton video di bawah untuk melihat cara membuatnya.



Senang saja cara untuk membuatnya bukan? Main campak-campak bahan pun jadi dah ni hihi. 

Selamat mencuba resepi tempe ikan bilis goreng berlada!


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. sedpanyaaa...tempe tu goreng garing2 kan.....sedapnyaaa...lama x makan macam ni...

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan . Lamanya tak makan tempe

    BalasPadam
  3. sedap ni..bila makan dengan nasi panas2

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)