Kek Pisang Marble Mudah Dibuat dan Sedap
Resepi Kek Pisang Marble
Setakat ini Mai pernah buat kek pisang berangan dan emas. Kek pisang nangka juga Mai pernah buat. Yang menariknya kek pisang nangka ini, ada sedikit rasa masam pisang nangka yang asli. Sedap jadinya apabila dibuat kek.
Kali ini, resepi kek pisang biasa Mai olah sedikit dengan menambah serbuk coklat dan menjadikan hasilnya kek pisang marble. Cara membuatnya tidaklah rumit mana, sama sahaja seperti yang Mai sudah kongsikan sebelum ini.
Jom buat kek pisang marble!
Kek Pisang Marble
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum *(beli tepung gandum online di sini)
3/4 sudu teh soda bikarbonat * (beli soda bikarbonat online di sini)
1 sudu teh serbuk penaik * (beli serbuk penaik online di sini)
3 sudu besar serbuk coklat - dilarutkan dengan sedikit air (beli serbuk coklat online di sini)
100 gram gula kastor - guna gula perang juga boleh. Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti, mengikut tahap kemanisan yang disukai masing-masing. (beli gula kastor online di sini)
3 biji telur Gred A
1 cawan Buttercup/mentega/minyak jagung/minyak masak - kalau guna Buttercup atau mentega, cairkan dulu
1 sudu teh esen vanila (beli esen vanila di sini)
1 biji pisang emas masak - dihiris nipis untuk diletak atas permukaan kek sebagai hiasan
Yang bertanda * perlu diayak bersama
Cara membuatnya:
1. Dalam satu bekas, masukkan gula perang, telur, Buttercup dan esen vanila. Kemudian, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan coklat (kacau supaya sebati), satu adunan lagi tanpa coklat.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C selama 10 minit.
6. Tuang adunan secara berselang seli sehingga habis ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau dilapik dengan baking paper. Setelah siap, lorekkan corak pada permukaan atasnya. Kemudian, letakkan hirisan pisang sebagai hiasan.
6. Tuang adunan secara berselang seli sehingga habis ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau dilapik dengan baking paper. Setelah siap, lorekkan corak pada permukaan atasnya. Kemudian, letakkan hirisan pisang sebagai hiasan.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu dan masa boleh adjust mengikut ketuhar masing-masing).
8. Setelah ketuhar berbunyi 'ting', keluarkan loyang dan cucuk kek dengan lidi untuk tahu sama ada sudah masak atau belum. Jika masih belum masak, masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar lagi beberapa minit sehingga masak.
9. Biarkan kek sejuk seketika, kemudian bolehlah dipotong. Kalau nak potong ketika panas pun tidak menjadi masalah. Sedap juga makan panas-panas ni nyumsss.
Anda boleh menonton video di bawah ini untuk melihat cara membuat kek pisang marble...
Mudah saja kan cara untuk membuat kek pisang marble ini? Kalau ada pisang lebih di rumah, bolehlah cuba resepi ini. Sedap dibuat makan petang, dihidangkan bersama teh O panas.
Selamat mencuba!
fuh sedapnyaa
BalasPadamSedapnya!
BalasPadamthanks for this recipe
BalasPadam