Kek Batik Chocolate Ganache, Sedap dan Lembut Macam Kek
Kek Batik Chocolate Ganache Sedap
Resepi ini Mai rujuk di laman Daily Makan, resepi asal yang dikongsikan oleh saudari Lyana Jamaludin di Facebook. Cuma kuantiti biskut sahaja Mai kurangkan sedikit. Alhamdulillah, memang sedap rasanya. Kek batik ini lembut dan mudah dipotong. Nak buat kek batik, bahannya perlu ikut sukatan yang betul. Jika tidak, keraslah hasilnya nanti. Sampai nak potong pun susah. Mai pernah buat jadi keras, tak tahu mana silapnya. Walaupun keras, ia masih boleh dimakan dan rasanya juga tetap sedap.
Kek batik chocolate ganache ini sangat sedap dimakan sejuk baru dikeluarkan dari peti sejuk. Nikmat betul! Terbayang pula rasanya yang bercoklat itu.. fuhhh. Kalau sebut tentang kek batik, ramai yang sudah tahu memang mudah untuk membuatnya. Gaul-gaul bahan mengikut langkah demi langkah.. akhirnya siap.
Jom buat kek batik chocolate ganache!
Bahan Kek Batik:
1 sudu besar golden syrup (Mai tidak gunakannya)Resepi Kek Batik Chocolate Ganache
Bahan Kek Batik:
500g biskut marie dipatah-patahkan (resepi asal 600g, sebab Mai tak cukup biskut maka buat 500g je)
200g mentega
1 cawan milo
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Sedikit esen vanila
Bahan topping (ganache):
100g milk compound
100g dark compound
200ml whipping cream
1 sudu besar mentega
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap macam cadbury, Mai tidak gunakannya)
Cara membuatnya:
- Masak bahan topping menggunakan kaedah double boil. Kacau hingga sebati dan berkilat, coklat ganache siap. Biarkan sejuk seketika. Ketepikan sebentar.
- Untuk kek batik, gunakan api kecil. Mula-mula, masak mentega sampai cair kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
- Masukkan pula milo dan serbuk koko. Adunan perlu dikacau cepat untuk mengelakkan jadi berketul.
- Selepas itu, masukkan telur dan kacau rata.
- Kemudian masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
- Setelah siap, masukkan biskut yang telah dipatahkan. Kacau rata sehingga semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
- Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (loyang perlu dialas plastik supaya biskut tidak melekat dan senang untuk ditarik keluar) dan tekan-tekan padat.
- Akhir sekali, tuang coklat ganache, ratakan dan simpan dalam chiller selama 4jam atau lebih sebelum dipotong.
- Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap supaya kek batik menjadi lembut, jadi mudah untuk dipotong.
Anda boleh menonton video ini untuk melihat cara membuatnya...
Mudah saja kan cara membuatnya? Ummpphh sedapnya! Rasa sepotong, memang tak cukup tau. Asyik nak makan lagi je hehehe. Mai suka tengok permukaan atas kek batik iaitu coklat ganache yang berkrim Rasanya jangan cakaplah, sedap dan cair di mulut bila makan.
![]() |
Kek batik chocolate ganache setelah dipotong |
Sekali sekala makan kek batik chocolate ganache, apa salahnya kan. Selamat mencuba resepi senang ini ya!
Azalam..lama saya tunggu Entry sahabat blog ni. Alhamdulillah ..muncul di Bloglist 1 ..segera Etuza klik..rasanya nak belajar dengan anda hal blog ni..
BalasPadamAmazing kek coklat kegemaran anak-anak saya
BalasPadamfeberzt ank bungsu cik nur
BalasPadamtp dia x suka versi coklat ganache