Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Batik Chocolate Ganache, Sedap dan Lembut Macam Kek

Kek Batik Chocolate Ganache Sedap 



Kek batik adalah sejenis kek yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Cukup dengan menyimpannya di dalam peti sejuk sahaja. Kini, terdapat banyak kek batik yang diolah sehingga menjadi rupa dan rasa yang menarik. Contohnya, kek batik lapis kejukek batik Horlicks dan pelbagai resepi kek batik sedap yang lain. Kali ini, Mai buat kek batik chocolate ganache mudah disediakan dan sudah pasti sedap.

kek batik chocolate ganache

Resepi ini Mai rujuk di laman Daily Makan, resepi asal yang dikongsikan oleh saudari Lyana Jamaludin di Facebook. Cuma kuantiti biskut sahaja Mai kurangkan sedikit. Alhamdulillah, memang sedap rasanya. Kek batik ini lembut dan mudah dipotong. Nak buat kek batik, bahannya perlu ikut sukatan yang betul. Jika tidak, keraslah hasilnya nanti. Sampai nak potong pun susah. Mai pernah buat jadi keras, tak tahu mana silapnya. Walaupun keras, ia masih boleh dimakan dan rasanya juga tetap sedap.

Kek batik chocolate ganache ini sangat sedap dimakan sejuk baru dikeluarkan dari peti sejuk. Nikmat betul! Terbayang pula rasanya yang bercoklat itu.. fuhhh. Kalau sebut tentang kek batik, ramai yang sudah tahu memang mudah untuk membuatnya. Gaul-gaul bahan mengikut langkah demi langkah.. akhirnya siap.

kek batik coklat melting

Jom buat kek batik chocolate ganache!

Resepi Kek Batik Chocolate Ganache 



Bahan Kek Batik:
500g biskut marie dipatah-patahkan (resepi asal 600g, sebab Mai tak cukup biskut maka buat 500g je)
200g mentega
1 cawan milo
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Sedikit esen vanila

Bahan topping (ganache):
100g milk compound
100g dark compound
200ml whipping cream
1 sudu besar mentega
1 sudu besar golden syrup (Mai tidak gunakannya)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap macam cadbury, Mai tidak gunakannya)

Cara membuatnya:
  1. Masak bahan topping menggunakan kaedah double boil. Kacau hingga sebati dan berkilat, coklat ganache siap. Biarkan sejuk seketika. Ketepikan sebentar.
  2. Untuk kek batik, gunakan api kecil. Mula-mula, masak mentega sampai cair kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  3. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Adunan perlu dikacau cepat untuk mengelakkan jadi berketul.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan kacau rata. 
  5. Kemudian masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
  6. Setelah siap, masukkan biskut yang telah dipatahkan. Kacau rata sehingga semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
  7. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (loyang perlu dialas plastik supaya biskut tidak melekat dan senang untuk ditarik keluar) dan tekan-tekan padat.
  8. Akhir sekali, tuang coklat ganache, ratakan dan simpan dalam chiller selama 4jam atau lebih sebelum dipotong.
  9. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap supaya kek batik menjadi lembut, jadi mudah untuk dipotong.


Anda boleh menonton video ini untuk melihat cara membuatnya...



Mudah saja kan cara membuatnya? Ummpphh sedapnya! Rasa sepotong, memang tak cukup tau. Asyik nak makan lagi je hehehe. Mai suka tengok permukaan atas kek batik iaitu coklat ganache yang berkrim Rasanya jangan cakaplah, sedap dan cair di mulut bila makan.

kek batik chocolate ganache
Kek batik chocolate ganache setelah dipotong

Sekali sekala makan kek batik chocolate ganache, apa salahnya kan. Selamat mencuba resepi senang ini ya!


3 ulasan for "Kek Batik Chocolate Ganache, Sedap dan Lembut Macam Kek"

  1. Azalam..lama saya tunggu Entry sahabat blog ni. Alhamdulillah ..muncul di Bloglist 1 ..segera Etuza klik..rasanya nak belajar dengan anda hal blog ni..

    BalasPadam
  2. Amazing kek coklat kegemaran anak-anak saya

    BalasPadam
  3. feberzt ank bungsu cik nur
    tp dia x suka versi coklat ganache

    BalasPadam