Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Pisang Dua Benua Mudah Disediakan

Kek Pisang Dua Benua



Sedapnya makan kek pisang, minum pula teh panas tanpa gula. Nikmatnya! Kebiasaannya, Mai akan buat kek pisang yang biasa sahaja atau kek pisang coklat. Tapi kali ini buat dua-dua sekali dalam satu kek, ada yang biasa dan coklat. Maka, jadilah kek pisang dua benua.

kek pisang dua benua
Kek Pisang Dua Benua


Cara membuat kek pisang dua benua sama sahaja seperti resepi kek pisang yang biasa. Setelah Mai menonton satu video di YouTube resepi kek pisang dua benua, cuma bahagian coklatnya ditambah sedikit emulco coklat atau serbuk coklat. Jangan risau tentang cara membuatnya, senang sahaja cara untuk menyediakannya. Asalkan cukup bahan yang diperlukan, bolehlah buat kek ini.

Kek pisang dua benua nampak menarik kerana ada dua warna yang berbeza pada satu kek. Hiasan kreatif juga menaikkan lagi seri kek ini. Ada yang buat corak bunga menggunakan pelbagai jenis kekacang. Kalau Mai, cukup meletakkan hirisan pisang dan chocolate coin sebagai hiasan. Kurang rajin untuk menghias, sebab buat makan sendiri je hehehe.

kek pisang dua benua


Jenis pisang yang digunakan untuk membuat kek ini pula, boleh gunakan pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka. Untuk kek pisang dua benua ini, Mai telah menggunakan pisang nangka. Sedap juga hasilnya tau 😋😕😕 .

Ok, jom buat kek pisang yang sedap dan mudah ini!


Resepi Kek Pisang Dua Benua



Bahan-bahan:

2 cawan pisang nangka dilenyek menggunakan garfu
2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh serbuk penaik 
1/2 cawan gula perang - guna gula kastor juga boleh. Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti, mengikut tahap kemanisan yang disukai masing-masing.
4 biji telur
1 sudu besar emulco coklat
1 cawan mentega yang dicairkan
1 sudu teh esen vanila 
Hirisan pisang secukupnya untuk hiasan 
Chocolate coin secukupnya untuk hiasan

Cara membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Setelah siap, ketepikan sebentar.
  2. Dalam mangkuk pengadun, masukkan gula perang, telur, esen vanila, mentega yang telah dicairkan dan pisang yang telah dilenyek. Putar sehingga kembang.
  3. Kemudian, tuang adunan tadi ke dalam mangkuk adunan lain. Masukkan bahan ayak (tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan gaul sebati. 
  4. Setelah siap, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian, tambah 1 sudu besar emulco kemudian kacau sebati dan satu bahagian lagi tidak ditambah bahan lain.
  5. Lapik loyang dengan parchment paper. Sapu tepi loyang dengan mentega atau minyak. 
  6. Selepas itu, tuang kedua-dua adunan secara serentak (boleh rujuk video caranya).
  7. Hias permukaan dengan hirisan pisang dan chocolate coin.
  8. Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 minit. Kemudian, bakar pada suhu 160C selama 50 minit (boleh laraskan masa dan suhu mengikut oven masing-masing dan bakar sehingga masak).
  9. Setelah siap dibakar, cucuk kek menggunakan lidi untuk mengetahui sama ada sudah masak atau belum. Jika lidi yang dicucuk, bersih apabila dikeluarkan, bermakna kek sudah masak elok.
  10. Sedia untuk dinikmati!

Anda juga boleh menonton video dibawah ini :



Mudah saja kan cara membuatnya? Nampak menarik pula rupanya dan gebu hasilnya. Dalam video ini, Mai menggunakan loyang 9 inci. Anda boleh guna loyang 7 atau 8 inci untuk kek nampak lebih tinggi.

Kek Pisang
Gebuuu


Sekali sekali buat kelainan seperti kek pisang dua benua sedap juga. Resepi sudah ada. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya. 😊 


5 ulasan for "Kek Pisang Dua Benua Mudah Disediakan"

  1. Nampak cantik tekstur kek pisang dua benua ni . Mesti sedap .

    BalasPadam
  2. menarik & terliur tengok kek pisang ni

    BalasPadam
  3. Variety sekali makan dapat rasa dua-dua flavor

    BalasPadam
  4. wah menariklah ada 2 flavor, selalu buat 1 flavor je

    BalasPadam