Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Program Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa

Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya Bongkar Kisah Kejayaan Pengasas Nurraysa


Program Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa | Sesiapa sahaja yang mahu berjaya mendapat apa yang dihajati, seseorang itu mesti tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ramai yang memasang impian dan azam, tapi belum tentu akan tercapai apa yang dihajati. Tanpa usaha, impian hanya menjadi mimpi. Apabila berbicara soal usaha, Mai suka membaca kisah mereka yang berjaya mengecapi kejayaan yang diimpikan. Ia menjadi inspirasi dan satu motivasi kepada Mai sendiri untuk berjaya salah satunya pengasas Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli.

founder pengasas
Pengasas Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli bersama suaminya


Siapa yang tidak kenal dengan jenama Nurraysa, kosmetik mesra wuduk bukan? Kalau melalui lebuhraya, pasti akan terlihat billboard Nurraysa dengan foto ikonik wanita berniqab. Produknya juga telah mendapat tempat di hati ramai pelanggan. Seronok melihat orang-orang berjaya sampai kita juga mahu terikut sama aura positifnya. Namun, disebalik kejayaan jenama Nurraysa, ramai yang tidak mengetahui jalan hidup perniagaan mereka bermula dari kecil-kecilan dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk mencapai kejayaan.


Permulaan Kisah Bisnes Pengasas Nurraysa


Kisah bisnes Puan Nur Aini Zolkepeli bermula pada tahun 2013 ketika berumur 20 tahun. Beliau yang hanya suri rumah ketika itu menghadapi kekangan kewangan untuk memulakan bisnes. Jadi, beliau mendapatkan pertolongan daripada suaminya dengan meminjam sebanyak RM500 untuk modal. Niat beliau pada asalnya memulakan bisnes untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai pemandu excavator dengan pendapatan yang sedikit. Puan Nur Aini mula menjual rumpai laut. Dari hari ke hari, permintaan rumpai laut semakin banyak. Beliau dan suami hanya mengangkat barang berkotak-kotak menggunakan motorsikal sahaja. Tetapi apakan daya, bisnes rumpai laut ini tidak bertahan lama kerana persaingan harga produk yang sangat sengit ditambah pula mereka tidak ada ilmu selok belok perniagaan.

rumpai laut kolagen
Rumpai laut

Tidak lama selepas itu, mereka muncul dengan idea baru iaitu membuat sabun rumpai laut atau sabun kolagen. Perniagaan Puan Nur Aini kembali meningkat sehingga 1000 biji sabun dapat dihabiskan dalam masa setahun. 

sabun kolagen nurraysa
Sabun kolagen Nurraysa keluaran pertama

Namun, kekurangan ilmu pengurusan kewangan membuatkan bisnes beliau sedikit terganggu. Malang tidak berbau, kali ini beliau dan suami diuji dengan bencana alam. Rumah mereka dinaiki air rumah banjir teruk sekitar November dan Disember 2013 mengakibatkan bisnes terbantut. Setelah keadaan semakin pulih, beliau meneruskan semula perniaagan. Dalam keadaan sarat mengandung, beliau dibantu suami untuk urusan pembungkusan dan pengeposan produk.


Menyertai Program Tambah Ilmu Bisnes IMKK


Tahun 2014, Puan Nur Aini memulakan bisnes Nurraysa. Beliau terpaksa meminjam dengan suami untuk modal niaga sebanyak RM500. Dalam bulan Jun 2014, beliau telah menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Datuk Wira Dr Azizan Osman namun terpaksa bergilir-gilir menjaga anak dengan suami demi menimba ilmu tentang perniagaan.

Tahun berikutnya iaitu 2015, beliau sekali lagi menyertai IMKK pada bulan April demi mengembangkan lagi perniagaannya. Pelbagai usaha telah dilakukan dan akhirnya membuahkan hasil. Jualan Nurraysa meningkat RM300 ribu! Sebagai mengenang jasa ibu dan ayahnya yang sentiasa menyokong, beliau menghadiahkan kereta Mercedez Benz E250. Ketika ini, lokasi semasa tidak dapat menampung operasi yang semakin besar. Jadi, keputusan dibuat dan berpindah ke sebuah bangunan.

nurraysa

Bisnes Nurraysa Semakin Stabil dan Mendapat Anugerah


Setelah bersusah payah membangunkan jenama Nurraysa, mereka berada di puncak kestabilan perniagaan. Hasil jualan sehingga berjuta-juta juga mampu dihasilkan. Sebagai langkah mengembangkan lagi perniagaan, iklan Nurraysa muncul di TV3, TV Alhijrah, radio THR dan IKIM. Pemasangan billboard sebanyak 123 buah di seluruh Malaysia juga telah dilakukan. 4,000 lebih ejen dan stokis serta berbelas monster stokis berada di serata negara.

Nurraysa
Brandlaureate World Halal BestBrands Awards 2018

Kejayaan demi kejayaan digenggam. Nurraysa telah merima anugerah Brandlaureate World Halal BestBrands Awards 2018. Ketika ini, beliau mula berdepan cabaran dalam bisnes kerana tiada sistem yang betul dan pengurusan cashflow yang tidak terurus. Akibat kurang leadership skill, ejen dan team mula lari. Cabaran juga datang dari diri sendiri iaitu terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi. Namun, bimbingan berterusan daripada RichWorks, circle dan Menthor merubah cabaran kepada peluang.


Pandemik Tidak Mematahkan Semangat


Walaupun berada dalam keadaan pandemik, jenama Nurraysa masih terus maju. Ini kerana perkara betul telah dibuat seperti memperbetulkan sistem ejen, mindset dan menguruskan cashflow dengan lebih baik. Mahu tidak mahu, pengeluaran produk terpaksa dihadkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kilang baru terpaksa dibuka.

Nurraysa
Gudang Nurraysa

Pada tahun 2021 ini, jenama Nurraysa masih mampu mengekalkan jualan sehingga berjuta-juta sebulan. Sistem ejen dan stokis baru telah dibangunkan untuk menjimatkan masa. Mereka juga menggunakan online platform untuk pengurusan ejen dan stokis.


Usaha Puan Nur Aini yang bermula dari bawah dahulu, membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan bersama Nurraysa pada masa kini. Lebih-lebih lagi ketika musim pandemik yang mencabar ini.
Nurraysa

Melalui jatuh bangun Puan Nur Aini Zolkepeli membawa Nurraysa sehingga dikenali ramai, cabaran dan masalah adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi menjamin kelangsungan perniagaan. Apabila timbul sesuatu masalah yang menghalang, tindakan yang pantas wajar diambil supaya bisnes kekal berada di aras kemuncaknya. Cabaran dan masalah yang datang juga menjadikan usahawan menjadi lebih aktif dalam menyelesaikannya. Benarlah bahawa pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup.


Titan Summit 2021 - 100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation


Teruja bukan mendengar pengalaman orang berjaya bermula dari sekecil-kecil usaha? Ya, bukan mudah untuk mencapai impian tetapi jika ada ilmu dan berusaha, InsyaAllah pasti bertemu sinar kejayaan.

Oleh itu, RichWorks bawakan Program Titan Summit 2021 yang terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks dalam sesi Virtual Online Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya Titan Summit-10X Bina Bisnes Berjaya 3 hari secara percuma pada 24 hingga 26 September nanti.

Titan Summit 2021

Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.


Belajar kesilapan 100 JUTAWAN dan Tindakan Betul yang Dilakukan


Himpunan jutawan ini bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh pandemik yang mencabar ini. Menariknya, para peserta juga dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.

Anda seorang peniaga atau usahawan? Ada ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang mahukan bimbingan? Jika berminat untuk mendengar perkongsian dan belajar kesilapan usahawan serta tindakan dari usahawan jutawan ini, anda boleh layari laman web dan daftar secara PERCUMA di sini https://richworkscom/titansummit.



3 ulasan for "Program Titan Summit 2021 Dedah Rahsia Kejayaan Pengasas Nurraysa"

  1. Tahnia pada mereka ni.

    BalasPadam
  2. Saya ada hubungi blogga maisara di instagram..masih lagi nak edit blog kan..

    BalasPadam
  3. Hebat betul walaupun dalam pandemik sales dorang menten 7 angka. Memang sangat-sangat hebat.

    BalasPadam