Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CC Cream Hansaegee Nature Membuatkan Kulit Wajah Licin dan Bersinar

CC Cream Hansaegee Nature Mudah Guna, Kagum Hasilnya!



Memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik menjadi idaman setiap kaum hawa. Kaum adam juga tidak terkecuali dalam bab penjagaan kulit wajah. Maka, rutin penjagaannya haruslah diikuti demi mendapatkan kulit yang diidamkan. Seronok kan kalau kulit muka kita sihat. Keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai semakin bertambah. Nak keluar rumah juga tidak perlu mengenakan mekap tebal, cukup sekadar menyapu nipis bedak pada kulit wajah. Kalau Mai, kadang-kadang bedak pun tidak disapu jika keluar rumah. Sebabnya Mai sudah jumpa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature membuatkan kulit wajah licin dan bersinar.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Untuk pengetahuan anda, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature adalah krim cc yang menutup ketidaksempurnaan pada kulit. Ia meneutralisasikan ketidaksempurnaan kulit dengan menyeimbangkan dan memperbaiki warna kulit secara semula jadi.

Seperti krim cc ini, ia berwarna putih secara fizikal, setelah dipakaikan pada kulit, ia akan berubah warna untuk mengikut warna kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan licin dan bercahaya sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari dengan warna semula jadi.

Apa yang menariknya tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini adalah ia mengandungi tiga bahan utama yang bagus untuk kulit iaitu,

Air mineral – memastikan PH kulit seimbang, menguatkan kedalaman penembusan kulit, terlibat dalam vitamin aktif dan meningkatkan keanjalan kulit.

Ekstrak Ipomoea Hederacea Callus Culture - Melegakan iritasi dan masalah pada kulit wajah, bersifat anti bakteria.

Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran infrared, tinggi aktiviti antimikrob dan antioksidan.


CC Cream Hansaegee Nature


Selain itu, krim cc yang bagus ini juga anti-kedut dengan memiliki fungsi perlindungan Matahari SPF50 PA +++. Yang membuatkan Mai jatuh cinta dengan krim cc ini adalah ia memberi kelembapan kepada kulit wajah sehingga terasa ringan, tidak berminyak dan tidak melekit. Kulit wajah juga tampak bercahaya secara semula jadi.

Teringat sewaktu kali pertama menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, terus jatuh cinta dengannya. Mana tidaknya, krim ini mudah diaplikasikan pada kulit. Hanya menggunakan jari sahaja (tidak perlu menggunakan berus) untuk meratakan krim pada seluruh kulit wajah. Terus kulit kelihatan licin dan cerah walaupun tanpa mekap. Mereka yang kurang gemar mengenakan mekap pasti akan menyukai krim cc ini. Ia amat sesuai untuk kegunaan harian.


Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature



Bagaimana cara untuk menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature? Jangan risau, mudah sahaja cara untuk menggunakan CC cream ini. Jom ikuti langkah di bawah ini.


CC Cream Hansaegee Nature

Langkah 1
Bersihkan kulit wajah dengan pencuci, kemudian sapu toner ke seluruh kulit wajah.

Langkah 2
Picit sedikit Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature pada jari. Kemudian, calit pada kulit wajah.

Langkah 3
Sapu CC cream pada kulit wajah dengan lembut sehingga rata.


Kulit wajah lebih berseri dengan sapuan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature!

 cc cream hansaegee nature

Keadaan kulit wajah dengan CC cream dan tanpa CC cream. Nampak perbezaannya bukan? Kulit nampak lebih berseri dan glowing.

Kalau anda nak tahu, CC cream Hansaegee Nature hanya ada satu warna sahaja iaitu putih. Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat kapsul coklat yang halus pada krim tersebut. Tetapi krim ini akan berubah warna mengikut warna kulit selepas blend menggunakan jari pada kulit. Ia akan berubah warna untuk memenuhi warna kulit secara semula jadi. Mudah kerja kita kan? Tidak perlu bersusah payah mencari dan memilih krim cc mengikut kod warna seakan kulit kita.



Tidak hanya menyamaratakan tona kulit, ia juga meminumumkan penampilan pori pada kulit serta membuatkan kulit wajah berasa licin dan lembut. Ia juga tidak berminyak, tidak melekit dan ringan pada kulit. Yang penting kulit wajah berasa selesa sepanjang penggunaannya.

Sebelum memulakan aktiviti riadah seperti berbasikal, Mai pasti akan mengaplikasikan CC cream Hansaegee Nature. Bagi Mai, lebih selesa jika tiada secalit bedak disapu pada kulit muka ketika melakukan aktiviti sebegitu. Melakukan aktiviti sukan seperti berbasikal di luar juga mesti mahu kelihatan kemas dan kulit wajah pula nampak bermaya, barulah lebih bersemangat kan. Kulit juga kelihatan segar dan ceria.

Ketika aktiviti berbasikal, pasti peluh akan keluar bukan? Walaupun berpeluh,krim cc ini tidak akan menyebabkan bercapuk. Mereka yang memiliki kulit berminyak juga tidak perlu risau kerana ia tidak akan bercapuk, malah pemakaian krim cc membuatkan kulit wajah nampak lebih bersinar.



Gold Nano CC cream Hansaegee Nature yang mengandungi fungsi perlindungan cahaya Mahatari SPF 50+PA+++ melindungi kulit muka dari sinaran UV berbahaya membuatkan Mai berasa selamat ketika berada di luar rumah atau melakukan aktiviti di bawah pancaran cahaya matahari. Masalah sunburn juga dapat dielakkan.

Seperti yang diketahui umum, pada musim pandemik COVID-19 yang masih hangat di negara kita ketika ini, pemakaian pelitup muka ke mana-mana tempat terbuka adalah wajib. Ketika ini, Mai lebih selesa dengan hanya menyapu CC cream Hansaegee Nature tanpa menggunakan bedak selepas itu. Yalah, sudah pakai pelitup muka kan. Penggunaan alat solek juga dapat diminimumkan. Guna dalam tempoh yang lama pun kesan solekan masih berkeadaan baik pada kulit muka, yang penting tidak bercapuk.

Di samping itu, Gold Nano CC cream Hansaegee Nature juga boleh digunakan sebagai asas solekan. Ia berfungsi untuk menjadikan solekan kelihatan berseri dan tahan lama. Walaupun berpeluh, kulit nampak bersinar. Wah.. bagusnya!

Yang menariknya lagi, Gold Nano CC cream Hansaegee Nature mudah ditanggalkan walaupun tanpa menggunakan penanggal solekan (makeup remover). Apa yang perlu dibuat adalah ambil saja kapas muka dan lap lembut kulit wajah. Pasti kesan berwarna perang daripada krim cc akan kelihatan pada kapas muka. Mudah bukan? Jimat masa, terutamanya untuk kaum muslimat ketika berada di surau atau masjid untuk menunaikan solat fardhu.


Melalui pengalaman Mai menggunakan krim cc ini, Mai boleh katakan Gold Nano CC cream Hansaegee Nature sangat sesuai untuk wanita Malaysia yang memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan wajah agar kelihatan berseri. Sesiapa yang mahu kulit wajah tampak sihat, bersinar dan ceria tanpa mekap atau dengan penggunaan mekap yang nipis, krim cc ini patut dicuba.

Untuk lebih banyak informasi tentang Gold Nano CC cream Hansaegee Nature dan jika berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman-laman seperti yang tertera di bawah ini:


Laman web: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




6 ulasan for "CC Cream Hansaegee Nature Membuatkan Kulit Wajah Licin dan Bersinar"

  1. saya pun suka pakai cc cream. dah nak habis dah. boleh la usha produk ni.. nampak best

    BalasPadam
  2. pernah cuba pkai cc cream tapi dr jenama lain..tapi xsesuai..tp bila tengok sis pakai CC cream Hansaegee nampk nice, natural heavy..maybe nextime saya cuba pulak...

    BalasPadam
  3. Makin lama makin tertarik pula bila baca rave reviews pasal Hansaegee nie. Nampak a a few friends pun dah start pakai dah

    BalasPadam
  4. Wah.... rasa nyer dah lebih dpd 10 kali I bace review mengenai CC Cream Hansagea nie. Ramai btul penggemarnya ya. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  5. Ty tengok ramai gila orang dok guna CC Cream ni. Menarik pula rasa cam nak have a try juga. Tq sharing sis

    BalasPadam
  6. produk ni best.. dah guna sejak dulu lagi. mmg sangat puas hati

    BalasPadam