Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Bagi Tahun 2021

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan


Dalam meniti arus kemodenan ini, kehidupan seharian kita tidak dapat dipisahkan dengan agama. Begitu juga dalam perniagaan. Bagi yang menjalankan perniagaan, zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tidak terkecuali, restoran khidmat segera terkenal, McDonald’s Malaysia selesai menunaikan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. Pembayaran bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah terbesar semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

McDonald's bayar zakat

Majlis penyampaian zakat tersebut telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyaksikan sumbangan zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.

Bijak pandai ada mengatakan harta itu diumpamakan seperti air mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika air bertakung, maka ia kotor dan membusuk. Oleh itu, zakat merupakan salah satu cara untuk menyucikan harta selain sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah (Utusan Online, 2016). Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Marzuk Shaary, “sumbangan zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia, diharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan”.

McDonald’s Malaysia bayar zakat perniagaan

Salah satu kepentingan zakat dalam Islam iaitu memberi kekuatan rohani dan jasmani bagi golongan fakir dan miskin. Bertepatan dengan kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, “Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen syarikat kami sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang sebanyak RM2 juta dalam zakat yang juga merupakan jumlah tertinggi kami sehingga kini bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya.

Tambah Azmir lagi, “Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini.”

McDonald’s Malaysia bayar zakat perniagaan

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Selain itu, pada bulan Oktober 2020, McDonald’s Malaysia juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Menurut Azmir, “Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta.” Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu menaruh perasaan ragu-ragu untuk menikmati pelbagai makanan yang disediakan di restoran tersebut.

Satu fakta penting yang perlu diambil tahu, McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia.

Untuk memastikan standard Halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan penuh secara menyeluruh.

Lihat, betapa McDonald’s Malaysia mementingkan Islam dalam empayar perniagaannya. Harta yang bersih serta makanan yang dijamin halalnya, bukan hanya disediakan untuk umat Islam sahaja tetapi untuk pelbagai kaum dan agama. Ingat, perkataan halal bukan untuk umat Islam sahaja tapi untuk semua.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama menyokong McDonald’s Malaysia supaya lebih maju ke hadapan di samping dapat membantu rakyat Malaysia. Sesuatu usaha itu, biarpun tampak kecil, ia tetap mampu memberikan kepuasan.


19 ulasan for "McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Bagi Tahun 2021"

  1. Banyaknya jumlah zakat. Suka McD ni sebab senang nak dapat. Kat mana-mana pun ada McD. Dan paling penting terbukti halal.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..bagus la macam tu. at least dapat membantu mereka yg lebih memerlukan

    BalasPadam
  3. This is good charity work by Mc Donalds Malaysia. I'm happy to hear this. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. Bagus usaha McD bayar zakat perniagaan. Dengan wang terkumpul tersebut sebenarnya banyak asnaf yang dapat dibantu.

    BalasPadam
  5. Itulah sebaiknya,Perniagaan lain wajib contohi mcdonald yang.tidak ambil remeh dalam hal-lal wajib seperti membayar zakat perniagaan.

    BalasPadam
  6. Great initiative from Mc Donalads they really deserves our support :)

    BalasPadam
  7. Tahniah McDonald kerana setiasa prihatin dan banyak membantu beri peluang pekerjaan. Yakin McDonalad Malaysia adalah halal lagi pula bila dinyatakan bayar zakat memang sangat2 bagus.

    BalasPadam
  8. It is good to hear that they are doing their part as a responsible company. It is always good contribute back to the less unfortunate.

    BalasPadam
  9. It is good to hear that they are doing their part as a responsible company. It is always good contribute back to the less unfortunate.

    BalasPadam
  10. McDonald’s Malaysia is my go to lunch place now. nice food with great staffs la

    BalasPadam
  11. Bagus la McDonalds Malaysia ni. Sekurangnya kita tau dia bayar zakat. Sumbangan pun dorang byk buat jugak.

    BalasPadam
  12. Bagusnya inisiatidf yg diambil dan dibuat oleh McD.. Dengan sumbangan zakat sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang lebih memerlukan..

    BalasPadam
  13. tahniah mekdi, jadi penyumbang zakat dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Mekdi memang bagus, tak lupa giving back to komuniti

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah buat McDonald's kerana menjadi salah satu penyumbang terbesar buat pusat zakat di Malaysia. Jom sama2 support McD jom.

    BalasPadam
  15. 2 juta tu..tapi keuntungan McD pun banyak. Harap dgn zakat yang dibayar tu dapatlah bantu golongan yang perlu. Terbaiklah McD.

    BalasPadam
  16. terbaik mekdi.. membuat zakat.. tidak banyak company besar yg buat inisiatif mcm ni

    BalasPadam
  17. bagus mekdi buat inisiatif mcm ni.. x banyak sykt korporat yg buat zakat apatah zmn skrg

    BalasPadam
  18. Bagus la McD Malaysia ni! Banyak kot RM2 juta just for zakat! Ramai yang boleh memanfaatkan dari ni bagi mereka yang memerlukan!

    BalasPadam
  19. McD memang prihatin dan sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan.

    BalasPadam