Rawatan Menurunkan Berat Badan di Klinik Dr Bazilah
Rawatan Menurunkan Berat Badan Berkesan
Kredit foto Gleneagles Hospital |
Mai sendiri pernah mengalami BMI hampir ke paras obesiti empat tahun lepas. Ketika itu, Mai memang jarang mengambil berat tentang berat badan walaupun banyak pakaian yang sudah tidak muat dipakai kerana badan semakin membesar. Yelah, kerja pun tidak menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Makan pula tidak mengikut waktu. Bersenam pula jarang sekali. Kesannya mula dirasai sedikit demi sedikit. Kaki cepat lenguh jika berjalan lama. Pendek kata, mudah penat melakukan sesuatu aktiviti.
Apabila ramai yang menegur tentang keadaan badan Mai yang semakin berisi siap ada double chin lagi, ketika itu mula datang kesedaran untuk menurunkan berat badan. Sekali timbang berat badan, BMI berada di tahap pra-obes rupanya! Rasa risau mula datang. Mahu tak mahu, Mai mengambil langkah seperti mengubah gaya hidup dan cara pemakanan supaya lebih sihat mengikut saranan pakar. Ya, bukan mudah untuk ubah sekelip mata tapi demi azam untuk menurunkan berat badan, Alhamdulillah akhirnya berat badan ideal berjaya dicapai. Memang banyak pengurangan inci terutamanya pada bahagian lengan, pinggang dan paha.
Kesedaran dalam diri amat penting. Jangan tunggu sampai pelbagai penyakit datang akibat obesiti baru mahu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Mungkin ada orang terdekat kita seperti ahli keluarga atau sahabat kita yang menghidapi obesiti. Jadi, sudah tiba masanya menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak mereka ke arah lebih sihat.
Kini semakin ramai yang sedar dengan kepentingan mencapai berat badan ideal. Seterusnya mengubah gaya hidup dan cara pemakanan harian. Tujuan utama BMI kita berada dalam tahap normal, sudah pasti untuk kesihatan tubuh badan bukan?
Selain daripada mengubah gaya hidup dan cara pemakanan, rawatan penurunan berat badan atau weight loss treatment semakin popular pada masa kini. Antara rawatan penurunan berat badan lain yang ada seperti HCG, Mesolipo dan Liposculpture. Tidak dilupakan, suntikan SAXENDA. Setiap rawatan yang dinyatakan ini ada fungsinya tersendiri.
Jom ketahui serba sedikit tentang rawatan tersebut…
HCG atau human chorionic gonadotrophin ialah sejenis hormon yang akan dihasilkan dengan kuantiti yang lebih banyak oleh ibu mengandung. Rawatan HCG membantu menguruskan badan dengan meningkatkan kadar metabolisma badan untuk membakar lemak berlebihan.
Mesolipo merupakan sejenis rawatan yang kurang invasif. Dalam rawatan ini, suntikan akan diberi untuk mencairkan lemak di dalam badan. Suntikan-suntikan tersebut mengandungi pelbagai bahan yang merangkumi agen farmaseutikal, ubat homeopati, pati tumbuhan dan vitamin serta zat mineral untuk mencairkan lemak.
Liposculpture merupakan sejenis rawatan yang digunakan untuk membuang lemak badan agar bentuk badan akan kelihatan lebih menarik. Dalam kata lain, rawatan ini ialah sejenis kaedah untuk menghasilkan kontur badan yang lebih cantik.
Saxenda (liraglutide 3.0 miligram/mg) pula adalah ubat preskripsi diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang memiliki mekanisme menyerupai hormon dihasilkan badan secara semula jadi untuk mengawal selera, dikenali sebagai peptida seperti glukagon (GLP-1), seperti yang diberitahu oleh Pakar Perunding Endokrinologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein.
Menarik kan semua rawatan tersebut? Dapat hasil yang cepat tau. Kalau mahu mendapatkan rawatan sebegini, anda perlu ke klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada doktor bertauliah yang akan memeriksa, melakukan rawatan serta memantau keadaan selepas dirawat seperti Klinik Dr Bazilah. Bila pergi ke klinik yang dipercayai dan berdaftar dengan KKM, barulah rasa lebih selamat kan. Untuk pengetahuan anda, klinik kulit dan aesthetik ini terletak di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam, Selangor.
Klinik Dr Bazilah |
Whatsapp :
+601115905931 atau klik link ini http://klinikbazilah.wasap.my/
Hubungi :
03-89229681 (Bandar Baru Bangi)
03-50357359 (Shah Alam)
Anda juga boleh ke media sosial mereka seperti di bawah ini.
Website :
www.klinikdrbazilah.com
Facebook :
klinikdrbazilah
Instagram :
@klinikdrbazilah
Tiktok :
@klinikdrbazilah
Lega rasanya bila sudah tahu di mana tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan menurunkan berat badan, Klinik Dr Bazilah jawapannya.
Ingat, kurus bukan sekadar ingin kelihatan cantik tapi untuk kesihatan diri. Barulah rasa lebih bersemangat melakukan pelbagai aktiviti. Apabila sudah dapat berat dan bentuk badan yang diidamkan, jangan lupa untuk jaga makan minum dan gaya hidup supaya dapat mengekalkan berat badan yang sihat.
Ini menarik buat kurus badan. I shiok ada treatment buat double chin too.
BalasPadamWow.... this service sounds awesome. It will be a good try. Thank you for sharing.
BalasPadamNampak macam gaya saya pun kena datang ke klinik ini gak. Almaklum dah semakin berisi sepanjang PKP kan. Doakan ada rezki ye.
BalasPadamsesuailah untuk mereka yang teringin nak kuruskan badan. mcm saya sendiri lepas PKP dan segalanya berat pun makin naik, ye lah duduk rumah makan tido je haha :)
BalasPadamWow menarik nya! Bukan mudah nak turun kan berat badan tapi sini boleh.
BalasPadam10% turun berat pun banyak tuuu
Nak usha lebih lagi laaa
menarik ni.. boleh rekomen utk mrk yg benar-benar nak kuruskan badan
BalasPadamBestnya kalau betul dapat kuruskan badan. Hilang segala lemak dekat perut. Susah nak jumpa tapi di sini boleh. Menarik sangat ni
BalasPadamWow this clinic sure has a variety of method to help their customers achieve weight loss. Will intro to my friends in need.
BalasPadamBagusnya klinik Klinik Dr Bazilah ada buat rawatan turun berat bdn, jd sapa2 yg nak turunkan berat badan blhlah dtg klinik ni
BalasPadamPernah jugak baca pasal Klinik Dr bazilah nih. Rawatan kurus tu rupanya ada macam2 pilihan jugak yer. kalau dah memang susah nak kurus dengan cara natural tak salah nak cuba cara lain. Yang penting bertauliah. rasa nak cuba pulak buang double chin sebab macam susah sangat nak hilang.
BalasPadamwhat a special service being offered here! i cant wait to recommend this clinic to my friends who are looking to lose weight
BalasPadam