TOP Sumbang Pek Prihatin Naikkan Semangat Frontliners Menyokong Vaksinasi Remaja
TOP Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja
TOP berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19, khususnya kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan NGO, pada masa sama turut memberi motivasi kepada masyarakat umum untuk mendaftar dan menerima vaksin.
Sehubungan itu, TOP telah menyumbang sebanyak 17,000 pek prihatin bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan.
Petugas-petugas barisan hadapan Kedah Medical Centre gembira mendapat pek penjagaan TOP Advanced Micro-Clean Tech Anti-Virus detergent |
“Kejayaan vaksinasi, khasnya di Lembah Klang, telah memperlihatkan penyusutan kadar pesakit kritikal di hospital, mengurangkan tekanan kepada petugas kesihatan. Kita perlu membentuk tabiat dan amalan-amalan yang bertanggungjawab untuk hidup bersama virus Covid-19. Jadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi melindungi komuniti sekeliling dan memberikan kelapangan kepada petugas barisan hadapan setelah penat berjuang dari segi fizikal, mental dan emosi selama 19 bulan. Saya menyeru orang ramai untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika anda sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy.
YB Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan Malaysia |
Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, “Kami menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas-petugas barisan hadapan, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah berfungsi ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian anti-virus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah. Kami telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi. Ini merupakan cara yang positif untuk menghargai mereka yang mengambil langkah bertanggungjawab bagi melindungi diri dan semua. Kami juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka. Ini merupakan satu langkah yang besar bagi kami, namun syarikat kami percaya ia mampu membantu mereka yang menerimanya.”
Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi |
Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan, Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus COVID-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.
Petugas barisan hadapan di enam pusat transit gelandangang Anjung Singgah teleh mendapat pek penjagaan TOP |
Mabuchi menambah, “Kami berbangga kerana diberi peluang untuk memperkasakan rakyat Malaysia daripada peringkat komuniti untuk lebih peka dan prihatin menerusi inovasi TOP. Setiap kita memainkan peranan penting untuk mengambil langkah bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak, memakai pelitup muka, menyahkumah tangan dan mencuci pakaian menggunakan bahan pencuci yang terbukti menyingkirkan virus Covid-19. Dalam semangat #KitaJagaKita, kami bersama-sama anda dalam mendepani keadaan semasa yang mencabar.”
TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah sebuah video muzik penghargaan yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin agar mereka kekal teguh dalam mendepani COVID-19 dan sentiasa positif dalam sama-sama berusaha mengatasi pandemik ini.
Lagu Ini telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong, dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris. Tontoni video muzik tersebut di YouTube (https://youtu.be/eJG6oZZVk5c) dan kongsikan sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan kita.
Tentang Southern Lion Sdn Bhd
Southern Lion Sdn. Bhd. adalah syarikat usahasama 50/50 antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia meningkatkan kualiti kehidupan pengguna Malaysia secara berterusan dengan menawarkan produk rumahtangga berkonsep inovatif dari penjagaan fabrik, penjagaan rumah dan kecantikan serta penjagaan gigi dengan harga yang berpatutan. Southern Lion adalah pengeluar pencuci pakaian pertama yang diperakui ISO 9001.
Mengenai Pencuci Pakaian TOP
TOP yang merupakan Jenama Pencuci Pakaian No 1[2] di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan pengguna.
TOP boleh didapati di seluruh negara melalui pasar raya besar, pasar raya, kedai cucian dan laman atas talian yang dipercayai, TOP boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz paket, bersesuaian dengan keperluan cucian yang berlainan. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my
Catat Ulasan for "TOP Sumbang Pek Prihatin Naikkan Semangat Frontliners Menyokong Vaksinasi Remaja"
Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)