Jaga Kesihatan Usus, Jangan Abaikannya!
Jaga Kesihatan Usus
Kredit imej kelabmamadotcom |
“You are what you eat.” Anda adalah apa yang anda makan. Benar bukan kata-kata itu? Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Jika makanan dan minuman sihat yang diambil dengan kuantiti yang diperlukan, hasilnya akan mendapat tubuh badan yang sihat.
Jika makanan dan minuman yang tidak berkhasiat diambil dengan kerap dalam kehidupan seharian, maka tahap kesihatan badan akan menjadi sebaliknya. Ini menunjukkan betapa pentingnya memilih makanan berkhasiat, menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Usus sihat, badan dan minda cergas, itu yang kita mahukan.
Namun, ada juga sesetengah individu tidak tahan terhadap makanan tertentu (food intolerance). Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan antara sebab yang membawa kepada masalah penghadaman seperti sembelit, kembung dan cirit-birit sebagaimana yang diberitahu dalam portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan adalah yang terbaik untuk diambil setiap hari untuk kesihatan keseluruhan badan dan usus. Bagi memastikan kesihatan usus berada dalam keadaan baik, kita boleh ikuti beberapa tips kesihatan usus seperti yang disarankan oleh pakar.
Tips Penjagaan Kesihatan Usus
1. Makan Lebih Serat
Makanan kaya dengan serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan tanda-tanda beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus. Terdapat pelbagai sumber makanan kaya serat seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang serta oat untuk mengekalkan usus yang sihat. Namun begitu, kita digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak Minum Air
Air juga membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman. Serat yang bertindak seperti span, menyerap air kerana tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Jadi, kita harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga. Air kosong yang tiada kalori amat baik diamalkan setiap hari.
3. Hadkan Pengambilan Kafein
Minuman yang mengandungi kafein pastinya menjadi pilihan ramai. Kopi, kola dan minuman ringan, antara minuman mengandungi kafein yang boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Anda tidak boleh berhenti minum minuman sebegini? Apa yang boleh dilakukan adalah mengehadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan Pro Dan Prebiotik Secukupnya
Di dalam usus kita terdapat ribuan bakteria yang hidup. Bakteria pula ada yang baik dan memberi faedah kepada kesihatan. Pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang tidak baik. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting kerana kerana kedua-duanya ada manfaatnya. Pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya seperti Yourgutt Probiotic & Prebiotic Supplement, merupakan salah satu cara mudah mengekalkan keseimbangan ini.
5. Mengamalkan Diet Berkhasiat Yang Rendah Lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak perlu dielakkan kerana ia melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyakkan Bersenam
Aktiviti sedentari (tidak sihat) seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen perlu dihadkan. Kita perlu melakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Apa sahaja senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman kita. Keadaan ini akan merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
7. Jangan Melengahkan Waktu Untuk Membuang Air Besar
Tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari perlu dipupuk. Manakala menahan keinginan untuk membuang air besar perlu dielakkan. Selain itu, kita boleh mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin.
Begitulah antara tips penjagaan usus supaya sihat dan terhindar daripada penyakit berkaitan usus. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika terdapat rasa sakit di mana-mana bahagian sekitar perut pula, jangan lengahkan masa untuk mendapatkan rawatan di hospital. Semoga kita terus menjaga usus untuk kebahagiaan diri dan orang tersayang sekeliling kita.
Sumber tips penjagaan usus: Harian Metro, Jaga Kesihatan Usus
betul, kena jaga usus. jangan menyesal dikemudian hari.
BalasPadambanyak minum air, onzz..tapi yang lain terutama bersenam, krik krik..hehe. Lepas ni kena rajin buat senaman & amalkan tips-tips atas ni untuk dapatkan usus yang sihat..
BalasPadamtulah kan..Kita ni macam-macam makan.Pantang nampak makanan viral semua nak telan.Tapi tak pernah kisah pasal usus.bahaya kalau tak dijaga..thanks mai share info
BalasPadamSekarang pun Azwar dah start kawal makan, banyak sangat pemakanan pun boleh mendatangkan kemudaratan.
BalasPadamPart 'membuang air besar' paling mudah nak monitor. Lagi-lagi kalau yang mudah kena sembelit.
BalasPadampasal no 3 tu agak payah walau skrg ni tengah berusaha la jugak utk kurangkan hee
BalasPadamterbaiklah perkongsian suka baca nak share dengan suami saya yang ada masalah sembelit... kena terangkan info nih pada suami tq sharing
BalasPadamdari perut la byk dtg mslh kesihatan.. jadi kena jaga usus betul2.. cik en skrg pon tgh amalkan makanan sihat.. dah berusia ini kena jaga pemakanan
BalasPadamNo. 6 tu tak buat. Hehe. Kena buat ni untuk jaga usus
BalasPadamUsus ni memang penting. Kalau usus tak sihat rasa diri pun tak sihat skali
BalasPadamtq for sharing..
BalasPadamItulah... Dah berusia ni perut makin sensitif.. kadang lambat makan pun jadi masalah besar jadinya...
BalasPadamBetul kesihatan usus kena jaga..lama dah xmakan prebiotik ni..japg nk cari yakult jap😅
BalasPadamSetuju. Usus kena jaga sebab usus ni punca segala galanya kalau tak jaga. Sebagai contoh kalau kena sembelit.bukan kena hadap satu je tapi ada dua tiga sakit kena hadap gara gara sembelit. So, sangat penting jaga usus kita
BalasPadamBunyi simple je.. tapi nak menjaga usus memang mencabar sebenarnya.. lagi-lagi jenis pantang nampak semua nak makan.. hihi..
BalasPadam