Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Kerana Azizan Osman

Kejayaan Usahawan Mutyara



Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Kerana Azizan Osman | Jika ingin berjaya, mahu tidak mahu seseorang itu perlu keluar daripada kepompong keselesaan dalam hidupnya. Seperti ramai usahawan yang kita lihat pada hari ini, semuanya tidak lari daripada berusaha dari tingkat paling bawah sehingga dapat menggenggam kejayaan yang diimpikan. Begitu juga dengan Asyraf Khalid yang mampu merubah hidupnya ke arah lebih positif serta memacu perniagaannya dengan baik.

asyraf khalid mutyara



Baru-baru ini, bapa Asyraf Khalid iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali dengan Datuk K mendedahkan bahawa perubahan anaknya disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk K turut merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bidang perniagaan malah kehidupannya dalam tempoh 3 tahun saja.


Menurut Asyraf, ucapan seperti dalam hantaran video yang dikongsikannya tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya pada Isnin lalu.

Datuk K yang juga merupakan suami kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, amat berbangga dengan pencapaiannya Asyraf bersama isterinya yang mampu terbang ke tahap yang lebih tinggi bersama perniagaan jus kesihatan Mutyara.

Seperti kata Asyraf, "membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” Azam dan cita-citanya terbalas dengan pengorbanan yang dilakukan demi mencapai impiannya.

Kata Asyraf lagi, beliau sangat bersyukur apabila bertemu dengan mentor yang tepat kerana mampu membuat perubahan hidupnya kepada yang lebih baik serta bisnes Mutyara yang semakin ke hadapan. Ini bermakna, penting untuk kita mencari mentor yang betul-betul boleh membimbing sehabis baik supaya ilmu benar yang dicurahkan dapat diamalkan demi memantapkan bisnes supaya terus maju.

Mengimbas kembali kenangan lalu, dulu Asyraf merupakan budak nakal dan sering mengecewakan bapanya. Akibat daripada itu, dia sering merasakan dirinya sangat tidak berjaya. Tambahnya lagi, beliau faham perjalanannya masih jauh namun kini beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

asyraf khalid

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.

Bagi Asyraf, Dr Azizan Osman bukan hanya sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang membimbing tentang bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. Menurutnya lagi, nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak didik Dr Azizan Osman dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

asyraf khalid mutyara
Bersama mentor

Beliau juga suka dengan sikap mentornya serta RichWorks kerana masih merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul yang patut dilakukan meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Azizan yang mampu melahirkan ramai usahawan jutawan.

Perkara yang membuatkan beliau kagum dengan Dr Azizan Osman adalah kebolehan membina ramai jutawan yang mana beliau sendiri tidak dapat melakukannya.

Selain daripada menurunkan ilmu tentang perniagaan dan keusahawanan, apa yang membuatnya berasa lebih kagum adalah hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya membuatkan jutawan bimbingan Dr Azizan Osman boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka.

Tambah Datuk K lagi, para usahawan di bawah Dr Azizan Osman yang mengikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks sangat beruntung kerana ada ‘tulang belakang’ yang memberi ilmu selok belok perniagaan dan sokongan, tidak sepertinya yang tidak dapat semua ini ketika memulakan perniagaan.

Di samping itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Yang mana kurang, boleh bantu mengajar mereka dengan ilmu yang telah dipelajari.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

asyraf khalid mutyara
Asyraf bersama Datuk K dan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Siapa yang masih belum mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman, ini serba sedikit tentangnya. Beliau adalah peneraju Syarikat RichWorks, yang merupakan Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan nombor satu Malaysia. Beliau bermula secara sederhana, pelbagai cabaran ditempuhi akhirnya berjaya merealisasikan impian ramai orang untuk berjaya dalam hidup. Kini beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Benar bukan? Jika ingin mahir dalam sesuatu bidang, maka bergurulah dengan yang pakar yang selayaknya dalam bidang tersebut. Pemilihan mentor yang tepat semestinya akan memberi ilmu bimbingan dan sokongan yang sepatutnya serta kepuasan mengecapi sesebuah kejayaan yang diinginkan.

Kejayaan tidak datang bergolek. Kesimpulannya, selagi seseorang tidak mengubah cara hidup dan pemikirannya, selagi itu keadaan hidupnya masih sama dalam takuk lama. Jika kita tidak mengubah diri sendiri, siapa lagi kan? Sesungguhnya Allah melihat hamba-Nya yang berusaha. Apa yang penting, tidak mudah putus asa dalam proses menuju azam yang mahu digapai. Semoga kita semua dapat mencapai apa yang diimpikan, yang pasti ia datang bersama usaha berterusan dan tidak mudah putus asa ketika jatuh dan tidak lupa diri ketika berada di puncak tertinggi.


Catat Ulasan for "Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Kerana Azizan Osman"