Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemilihan Monitor Sesuai Mengikut Keperluan, Viewsonic Sedia Banyak Pilihan

Tips Pilih Monitor Sesuai Mengikut Keperluan


Pada zaman kini, komputer peribadi mahupun komputer riba atau lebih dikenali sebagai laptop menjadi salah satu alat yang penting dalam bidang teknologi maklumat. Bukan itu sahaja, dunia kini disajikan dengan sukan elektronik atau esport yang semakin meningkat naik sebagai industri sesebuah negara menjadikan komputer sebagai alat utama. Bidang pendidikan juga tidak kurang hebatnya, semakin ke hadapan. Sesi pembelajaran secara dalam talian pula semakin meluas diaplikasikan pada masa kini. Jadi, pemilihan monitor yang sesuai amat dititikberatkan supaya sesuatu aktiviti berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memenuhi keperluan harian.

monitor terbaik

Kalau anda nak tahu, terdapat pelbagai jenis monitor dengan saiz berbeza yang ada dalam pasaran. Bagaimana cara untuk memilih monitor yang sesuai? Pasti ini adalah soalan pertama yang sering berlegar-legar dalam minda sebelum membuat sebarang pembelian.

Pemilihan monitor yang sesuai bergantung kepada kerja seharian pengguna, sama ada pengguna adalah seorang gamers, profesional atau untuk penggunaan umum.

Contohnya secara kasar, jika pengguna seorang pereka grafik, suka mengedit gambar atau video yang menggunakan banyak aplikasi berkaitan rekaan atau edit video, maka pemilihan monitor yang bagus amat penting untuk golongan ini. Jika komputer digunakan untuk kerja-kerja office sahaja seperti menaip di Word, membuat presentation menggunakan Powerpoint atau menghantar dan membalas e-mail, monitor dengan spesifikasi biasa sudah mencukupi untuk tujuan ini.

Kalau anda perasan, ada monitor sama saiz tapi memiliki harga yang berbeza. Contohnya, ada sebuah 27 inci harganya dalam RM700 sahaja. Ada monitor 27 inci yang lain, harganya menjangkau sehingga RM2000. Mai pun pernah juga terfikir tentang ini. Nampak macam tak masuk akal sahaja kan. Apabila sudah ada ilmu tentang monitor, rupanya harga sesebuah monitor bergantung kepada beberapa faktor dan spesifikasinya.

Menurut laman RacunTech, terdapat lima faktor yang mempengaruhi harga sesebuah monitor, antaranya seperti:

1. Saiz dan resolution
2. Jenis Panel
3. Refresh rate
4. Resolution

Untuk itu, Viewsonic menyediakan LCD monitor Malaysia dengan pelbagai fungsi, ciri-ciri dan saiz, sesuai mengikut kegunaan harian masing-masing. Viewsonic ada menyediakan enam siri monitor sesuai dengan keperluan pengguna. Antara siri yang ada seperti Touch (TD), Home and Office (VA), Business (VG), Professional (VP), Entertainment (VX) dan Gaming (XG). Kesemuanya pasti memberikan pengguna kepuasan yang maksimum. Pastinya sesuai untuk kerja, bermain dan aktiviti pembelajaran.

Cara Memilih Monitor yang Sesuai

Masih belum tahu dan pening nak pilih monitor yang mana satu sesuai dengan aktiviti harian? Tidak mengapa, jangan risau. Menurut laman Sakudigital, perkara pertama yang harus diambil kira adalah kerja yang ingin dilakukan dengan monitor.

Penggunaan umum

Seorang yang kerap menggunakan komputer untuk melayari internet dan banyak menggunakan microsoft office seperti Word, Powerpoint atau Excel, monitor yang biasa sudah memadai. Apakah yang dikatakan monitor biasa itu? Biasanya monitor biasa menggunakan VGA sebagai sambungan atau mungkin tiada port HDMI, mungkin bukan High Definition dan harganya murah.

Untuk kegunaan seperti ini, monitor ViewSonic VA2223-H 22 inci dengan input HDMI dan VGA adalah pilihan yang sesuai untuk kegunaan perniagaan atau rumah. Harganya mampu milik dan menjimatkan. Ia menampilkan resolusi 1080p yang memberikan kualiti imej yang menakjubkan dan kandungan yang lebih terperinci. Ciri ViewMode eksklusif ViewSonic menyediakan pratetap intuitif yang menyampaikan prestasi skrin yang dioptimumkan dalam aplikasi yang berbeza. Selain itu, teknologi Bebas Flicker dan Penapis Cahaya Biru membantu menghilangkan keletihan mata daripada tempoh tontonan yang berpanjangan untuk meningkatkan produktiviti. Pelekap yang serasi dengan VESA mudah menyesuaikan diri dengan pemasangan berbilang monitor atau pemasangan pada dinding.

monitor biasa
Monitor ViewSonic VA2223-H sesuai untuk penggunaan umum


Pereka grafik, jurugambar dan juruvideo

Seorang pereka grafik yang membuat pelbagai rekaan seperti logo dan animasi, jurugambar dan juruvideo yang sering edit video dan gambar, monitor yang dibeli harus mempunyai warna yang jitu. Pemilihan monitor dengan spefikasi yang lebih tinggi seharusnya menjadi pilihan utama supaya projek yang dihasilkan memberikan warna yang tepat dan hasil yang cantik.

Contoh monitor yang sesuai untuk kerja rekaan grafik, edit gambar dan video seperti monitor profesional VP3268-4K ViewSonic. Monitor bersaiz 31.5 ini dengan kejelasan 4K Ultra HD dengan skrin IPS yang unggul dan fungsi penentukuran perkakasan terbina dalam yang memberikan warna yang tepat dan prestasi jangka panjang yang boleh dipercayai, sesuai untuk jurugambar dan juruvideo.

monitor untuk fotografi, videografi
Monitor profesional VP3268-4K ViewSonic sesuai untuk pereka grafik, jurugambar dan juruvideo



Gamer

Seorang gamer pasti mahukan paparan monitor yang jelas warnanya dan yang paling penting adalah kelancaran ketika bermain. Keperluan seorang gamer berbeza kerana mereka memerlukan satu monitor dengan ‘refresh rate’ yang pantas. Apa itu refresh rate? Ia adalah, dalam satu saat berapakah gambar yang dihasilkan oleh monitor. Sebagai contoh, refresh rate sebanyak 120Hz menghasilkan 120 frame gambar dalam satu saat. Pendek kata, semakin tinggi refresh rate, semakin licin video tersebut. Barulah dapat bermain permainan kegemaran dengan kepuasan maksimum.

Salah satu monitor yang menepati ciri untuk gaming adalah Viewsonic ELITE XG270Q Gaming Monitor dengan resolusi 2560 x 1440jenis QHD yang bersaiz 27 inci. Monitor ini memiliki 165Hz refresh rate padu dengan panel IPS yang memberikan warna yang lebih menyerlah. Elite Design Enhancement (EDE) monitor ini yang merangkumi pencahayaan RGB ambien, dua anchors mouse ternina dalam, cangkuk headphone, perisai penglihatan dan bertapak logam, pasti membuatkan para gamers menikmati setiap game dengan penuh kepuasan.

monitor gamer
Viewsonic ELITE XG270Q Gaming Monitor sesuai untuk gamer


Monitor yang jelas paparannya, cantik warnanya serta memberi kelancaran terhadap sesuatu aktiviti, sudah semestinya menjadi pilihan. Perlu diingatkan, nak pilih monitor power sekalipun, kenalah selari dengan keupayaan komputer peribadi atau laptop. Semakin tinggi spesifikasi sesebuah monitor, semakin tinggi keupayaan komputer peribadi atau laptop yang diperlukan. Yang penting, monitor itu dapat membantu kelancaran kerja harian.

Kesimpulannya, pilihlah monitor mengikut kegunaan harian. Tidak salah untuk membelanjakan sedikit wang untuk monitor yang memberi keselesaan dan kepuasan kepada diri ketika melakukan aktiviti harian seperti bekerja, bermain game atau belajar.


Catat Ulasan for "Pemilihan Monitor Sesuai Mengikut Keperluan, Viewsonic Sedia Banyak Pilihan"