Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perkongsian Dr Azizan Osman Menghadapi Cabaran Perniagaan, Live Session Telegram

Live Session Dr Azizan Osman di Telegram Menghadapi Cabaran Perniagaan


Ilmu Perniagaan daripada Dr Azizan Osman Menghadapi Cabaran Perniagaan | Jika mahu berjaya, tuntutlah ilmu daripada ahlinya. Ya, itulah sepatutnya kita lakukan. Jika seseorang itu mahu serius dalam bidang perniagaan dan keusahawanan misalnya, tidak salah untuk mendapatkan panduan daripada mereka yang mahir dalam bidangnya. Mungkin ada yang melihat, seseorang usahawan berjaya menempa nama mudah dan lancar perjalanan perniagaannya. Namun, disebalik cerita kejayaan tersebut, tiada siapa yang tahu susah senang usahanya, untung rugi yang dialaminya. Disebabkan perkara inilah, RichWorks ditubuhkan demi menyalurkan ilmu perniagaan yang bermanfaat buat semua.

Apa itu RichWorks?

Mungkin ada yang belum tahu, ini serba sedikit cerita tentangnya. RichWorks International yang telah ditubuhkan pada 2008 adalah sebuah syarikat multinasional, merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran mereka adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

seminar Dr Azizan Osman

Sejak dari tahun penubuhannya, pelbagai pengiktirafan antarabangsa dikecapi dan berjaya memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

seminar Dr Azizan

Dalam masa beberapa tahun sahaja, RichWorks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan dan latihan profesional terbesar di Malaysia. Mereka menyasarkan untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum.

Apa yang pasukan RichWorks impikan adalah terus memberi bimbingan dengan ikhlas demi melihat hidup seseorang berubah dan berjaya dengan kepakaran terlatih mereka. Di samping itu, mereka berikrar untuk memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain disamping berkhidmat penuh dedikasi.

RichWorks

Teraju Utama RichWorks


Syarikat RichWorks ini diterajui oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, merupakan Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan nombor satu Malaysia. Bermula secara sederhana, pelbagai cabaran ditempuhi akhirnya berjaya merealisasikan impian ramai orang untuk berjaya dalam hidup. Kini beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Dr Azizan Osman


Selain itu, beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buah buku tentang perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Salah satu bukunya yang dikarang bersama Brian Tracy, ‘Beat the Curve’ tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Cabaran Kritikal Perniagaan 2022


Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, pelbagai bidang terkesan dengannya. Salah satunya, bidang perniagaan. Ya, bukan mudah untuk bangkit semula setelah pernah jatuh akibatnya. Kini, sinar cahaya semakin terang. Ramai yang berusaha dengan penuh semangat untuk naik kembali.

Namun, jangan mudah berasa selesa dengan keadaan yang kita nampak semakin pulih. Jangan fikir tahun 2022 ini perniagaan jadi semakin mudah. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Dr Azizan tentang cabaran perniagaan masa kini, beliau berkata, banyak perkara yang telah dikaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah ia telah disebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Seperti yang kita lihat pada masa ini, kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100%. Disebabkan itu, kesedaran yang besar tentang perkara ini perlu ada terutama untuk mereka yang sedang menjalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

harga barang naik

 
Beliau yang berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina berkata bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau sudah lingkup. Walaupun peniaga tersebut memiliki kilang di China, tetapi mereka sudah tidak nampak tindakan yang perlu dibuat selain tidak mahir dalam selok belok pemasaran.

Selain itu, pasaran yang bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini membuatkan sesebuah perniagaan turut terjejas. Maka para peniaga dan usahawan sepatutnya mengambil langkah yang sewajarnya supaya perniagaan mampu dikekalkan pada waktu harga barangan yang kian menaik kini.

Sebagai langkah untuk mengekalkan momentum perniagaan dikala ekonomi yang turun naiknya kini, Dr Azizan berkata langkah pantas perlu diambil dan pelbagai strategi perlu diperkemaskan lagi. Bagi yang sudah memiliki perniagaan dan tahu target pasaran, jangan malas untuk melebarkan lagi tentang perniagaannya. Peniaga dan usahawan perlu menggunakan semua platform yang ada. Jika masih ragu-ragu untuk keluar dari kepompong masalah, akan ketinggalan.

Bagi merungkai masalah ini, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi. Warga usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tidak nampak jalan ketika ini amat dialu-alukan untuk menyertainya.

seminar dr azizan


Dalam keadaan ekonomi yang baru mula menaik ini dengan kenaikan harga barangan yang merunsingkan pelbagai pihak, peluang untuk mengikuti perkongsian Dr Azizan ini tidak patut dilepaskan. Pelbagai perkongsian yang akan dibentangkan nanti, bolehlah dijadikan panduan bersama.

Harapannya, ekonomi negara kita kembali pulih dengan jayanya. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dalam mencari peluang seterusnya dapat memperbaiki taraf kewangan masing-masing dengan ilmu perniagaan yang benar.


Catat Ulasan for "Perkongsian Dr Azizan Osman Menghadapi Cabaran Perniagaan, Live Session Telegram"