Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer - Krim Pelembap Muka Terbaik

Krim Pelembap Muka Terbaik, Sesuai untuk Semua Jenis Kulit


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer - Krim Pelembap Muka Terbaik | Penggunaan krim pelembap sangat penting dalam rutin penjagaan wajah harian bukan. Apabila bercakap tentang krim pelembap, teringat pula pengalaman kali pertama menggunakannya. Ketika itu, Mai kurang ilmu tentang krim pelembap. Tidak tahu yang mana satu sesuai untuk kulit muka sendiri.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Dipendekkan cerita, Mai telah membeli krim pelembap yang tertera tulisan ‘untuk semua jenis kulit’ pada botolnya. Mai beranggapan ia sesuai dengan kulit muka kerana pada botol krim pelembap tersebut tertera tulisan tersebut. Setelah menggunakan krim pelembap tersebut, Mai mendapati ia lambat menyerap pada kulit. Ingatkan semua krim pelembap muka, sama saja dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rupa-rupanya tidak.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer 

Apabila kulit muka Mai mula berpeluh, krim pelembap tersebut seakan-akan keluar semula pada kulit muka. Kelihatan tompok putih pada kulit muka. Keadaan ini memang membuatkan Mai sangat tidak selesa. Orang lain tengok pun nampak pelik sahaja. Asyik perlu lap muka. Rugilah Mai macam ini kan apabila krim pelembap tidak sesuai dengan kulit muka.

Mungkin Mai telah tersalah memilih krim pelembap agaknya. Yelah, ketika itu tidak arif dengan kandungan bahan krim tersebut. Sejak dari kejadian itu, Mai tidak lagi menggunakan krim pelembap.

Kulit muka Mai jenis normal. Pada T-zone, iaitu hidung dan sedikit bahagian dahi, ada rasa berminyak juga. Sedikit sebanyak keadaan ini membuatkan Mai tidak selesa. Apabila bangun pagi, terasa  jugalah minyak pada T-zone. Jika keluar rumah ketika cuaca panas dan tidak menggunakan krim pelembap, T-zone akan berminyak. Kadang kala kulit terasa kering. Muka pun jadi merah-merah. Mai pula gemar berbasikal pada waktu lapang. Kadang kala berbasikal dalam cuaca panas. Kulit muka kering dan berminyak dibuatnya.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Mahu tidak mahu, Mai mesti dapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit supaya masalah ini dapat diatasi. Jenuh juga nak mencari krim pelembap yang memberi seluruh manfaatnya pada kulit muka. Risau jika masalah krim pelembap tidak rata berulang lagi. Cari punya cari, akhirnya Mai tertarik untuk mencuba satu krim pelembap ini setelah rakan mencadangkannya.

Gembira rasanya apabila bertemu dengan krim pelembap yang sesuai dengan kulit muka iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer. Mula-mula, risau juga sebab Mai sedikit ragu dengan keberkesanannya. Tapi setelah menggunakannya, Mai terus jatuh cinta kali pertama dengan krim pelembap ini.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Untuk pengetahuan anda, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer adalah berasaskan air. Krimnya ringan dan berair. Apabila krim pelembap ini disapu pada kulit muka, terasa sejuknya. Menariknya, titisan air muncul setelah krim pelembap ini disapu pada kulit. Kulit pun terasa lembap dan segar serta tidak berminyak setelah menggunakannya.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Tekstur yang berair

Bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer ini adalah Niacinamide. Ia berfungsi untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit muka. Ia juga mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit muka.

Selain itu, Niacinamide juga bertindak untuk melindungi kulit muka daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet (UV). Apabila skin barrier tidak rosak, kulit muka mendapat air yang cukup dan mengurangkan pengeluaran minyak.

Apa yang membuatkan Mai jatuh cinta dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer, ia mudah disapu pada kulit muka dan cepat menyerap ke dalam kulit. Bagusnya, ia tidak menyumbat liang pori. Kulit muka memang terasa segar apabila menggunakannya.

Bagaimana cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer? Mudah sahaja cara penggunaannya. Sapu krim pelembap ini pada kulit muka dan leher selepas menggunakan toner. Apabila titisan air muncul, tepuk kulit muka dengan lembut sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

pelembap muka hansaegee nature
Titisan air keluar selepas krim pelembap disapu pada kulit

Untuk lebih berkesan, Mai menggunakan krim pelembap ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Bangun pagi pada keesokan harinya, pasti kulit muka terasa segar dan kurang berminyak.

Mai mengakui, amat berpuas hati dengan hasil penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer ini. Kulit muka lembap dan sihat berseri dengannya. Krim pelembap ini sudah menjadi kegemaran Mai! Bagaikan tidak lengkap hari tanpa menggunakannya.

pelembap muka hansaegee nature

Untuk lebih banyak informasi tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer dan jika berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman-laman seperti yang tertera di bawah ini:

Laman web: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Catat Ulasan for "Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer - Krim Pelembap Muka Terbaik"