Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tasneem Marketplace, Platform Pilihan untuk Surirumah Jana Pendapatan

Tasneem Marketplace, Platform Pilihan untuk Surirumah Jana Pendapatan | Sebut sahaja jenama Tasneem Naturel, pasti teringat akan produk rangkaian balm yang memberi banyak manfaat kepada bayi dan kanak-kanak. Bukan sahaja kanak-kanak, Mai sendiri turut menggunakan balm tersebut.

Tasneem Naturel yang sinonim dengan produk untuk bayi dan kanak-kanak, kini produk keluarannya semakin bertambah. Selain daripada balm bayi, mereka juga turut mengeluarkan produk seperti cecair mandian, losyen, minyak urut, susu kambing dan lain-lain lagi. Produk mereka sudah pasti berasaskan bahan semulajadi yang memberi 1001 kebaikan kepada bayi dan kanak-kanak serta seisi keluarga.

Untuk pengetahuan anda, Tasneem Naturel dan dua lagi jenama lain iaitu Tasneem Food dan Twobirds berada di bawah naungan syarikat Tasneem Business Legacy. Syarikat ini banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi.

Jenama Tasneem Business Legacy dengan jenama yang semakin dikenali ramai kini mengorak langkah lebih maju ke hadapan dengan membina sesuatu yang memberi manfaat kepada semua.


KOLABORASI TASNEEM NATUREL DAN BEBERAPA JENAMA BESAR MALAYSIA MELALUI PLATFORM TASNEEM MARKETLACE BANTU RAMAI GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN DENGAN MUDAH


Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.

TASNEEM MARKETPLACE
Usahasama beberapa jenama besar dalam menjayakan Tasneem Marketplace

 
Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tetapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem MarketPlace (TMP) mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma.

Kalau anda nak tahu, Tasneem MarketPlace merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi.
 
Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tasneem Business Legacy serta beberapa jenama yang bekerjasama dalam menjayakan usaha ini. Sememangnya ia satu langkah yang bagus dalam menjana pendapatan sampingan ataupun tetap demi memperbaiki taraf hidup seseorang.

Untuk maklumat dan info lebih lanjut berkaitan marketplace ini, anda boleh layari laman web dan juga Facebook mereka seperti di bawah

Laman web: www.tasneemmarketplace.com


Jika anda berminat untuk menyertai jemaah TMP, sila ke sesi preview di Telegram
Link direct preview TMP: https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1



Peluang yang Tidak Patut Dilepaskan

Ini adalah satu peluang keemasan yang bagus buat para surirumah bagi menjana pendapatan sendiri. Mana tahu, anda pula yang akan menjadi usahawan berjaya pula. Jadi, bertindak segera untuk mencapai kejayaan.

Catat Ulasan for "Tasneem Marketplace, Platform Pilihan untuk Surirumah Jana Pendapatan"