Cara Berkesan Elak Kucing Kencing Merata, Guna Spray Ini Je!
Penyelesaian Masalah Kucing Kencing Merata
Apabila kucing kesayangan peliharaan sendiri melakukan sedikit masalah seperti kencing merata di dalam rumah, sedikit sebanyak ia membuatkan tuan rumah pening kepala hihi. Kadang kala Mai juga begitu. Maklumlah bukan senang nak mencucinya tapi takdelah sampai marah kucing tu kan hee. Tapi kini Mai dah jumpa cara berkesan elak kucing kencing merata.
Salah seekor kucing betina yang Mai pelihara suka sangat kencing pada alas kaki dalam rumah, kadang-kadang tepi dinding dapur pun jadi. Fuhhh jenuh nak mencuci tau kalau setiap hari buat.
Fikir punya fikir penyelesaiannya, ada yang berkongsi tentang satu cecair semburan ini di Facebook. Apa lagi, Mai terus buka Shopee untuk mencari spray ni. Haaa jumpa pun PawPal Cat & Dog Repellent! PawPal Cat & Dog Repellent Spray ni Mai beli di sini .
Cecair semburan ni berbau cedar wood, sedap dihidu tapi agak sedikit menusuk. Mungkin disebabkan bau itu, kucing berasa tidak selesa dengannya. Jangan risau, cecair ini selamat untuk manusia tau sebab bahannya berasaskan semulajadi dan tumbuhan.
Alhamdulillah, masalah kucing kencing merata hilang selepas menggunakan PawPal Cat & Dog Repellent Spray. Lega betul rasa! Lepas spray, kucing Mai tak nak dah kencing pada alas kaki. Dia semakin pandai membuang najis di dalam tandas pasir. Yeayy berjaya!
Kalau anda nak spray di luar rumah pun boleh. Mungkin ada kucing atau anjing gelandangan selalu datang meninggalkan 'harta' depan rumah anda, cuba spray guna PawPal Cat & Dog Repellent ni. InsyaAllah pasti berkesan. Jangan lupa spray selalu ya.
PawPal Cat & Dog Repellent Spray
https://shope.ee/8UY6pl8w9R
https://shope.ee/8UY6pl8w9R
terima kasih info
BalasPadamokay kena beli ni, dua pasang kasut VM kena kencing. Masalah tak bela kucing pon, tak taw kucing siapa huwaaa
BalasPadam