Cermin Mata Bertukar Warna - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

16 August 2011

Cermin Mata Bertukar Warna

Assalamualaikum sume :)
Selamat berpuasa hari ke-16 yek..

Cermin mata bertukar warna? Camne tu? Dari transparent tukar ke warna pelangi ke? kih3.. Ok2. Cermin mata bertukar warna ni bermaksud dari transparent bertukar ke warna yang lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari .. ooo....gitu.

Cermin mata bertukar warna atau dikenali juga sebagai cermin mata kanta photochromic mempunyai pelbagai kebaikan kepada pemaki pemakai cermin mata jenis ni. Kanta ini juga mampu melindungi mata dari sinaran ultraviolet yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada mata kita.

Saye pemakai cermin mate tegar..keh3..sebabnye rabun la. Baru 6 tahun pakai cermin mate. Saye start pakai cermin mata jenis ni sejak tahun lepas. Kirenye tukar full (frame & lense) la. Sebelum ni pakai frameless punye. Last2 pecah coz terjatuh. hoho..

ni spek yang beta pakai :)

Banyak sangat berleter la ko ni nyah....haha. Ok2, jom masuk tajuk yek..

Teknologi jenis kaca mata ini pertama kali di bagunankan oleh Corning pada lewat tahun 1960 dan di popularkan oleh Transitions pada tahun 1990. Kaca mata atau cermin mata jenis ini di sebut sebagai photochromic atau photochromatic di mana ianya adalah tindak balas bahan kimia yang mempunyai sifat istimewa untuk berubah kepada warna-warna tertentu apabila lensa cermin mata terdedah kepada pancaran cahaya UV.

Lensa photochromic mempunyai berjuta-juta molekul seperti silver chloride atau silver halide yang terdapat dalam lensa tersebut. Molekul ini menjadikan cermin mata kelihatan jernih jika terdedah pada cahaya nampak dan cahaya lampu biasa tetapi ianya akan berubah warna melalui tindak balas kimia apabila terdedah kepada Ultraviolet yang di pancarkan terus oleh matahari. Jadi bagaimanakah kaca mata jenis ini menjadi gelap? Ianya disebabkan oleh molekul-molekul tersebut akan menyerap cahaya UV tersebut dan berubah kepada bentuk yang baru. Secara kimianya, kadar kegelapan lensa cermin mata atau kaca mata jenis photochromatic ini bergantung sepnuhnya kepada kadar kemasukan atau kadar serapan molekul terhadap sinaran UV.

Jadi apabila anda keluar dari rumah dengan memakai kaca mata jenis photochromatic, anda akan dapat lihat kesanya apabila lensa tersebut bertukar kepada gelap jika terdedah kepada sinaran UV. Proses ini berlaku amat pantas sekali!!!

Kaca cermin jenis photchromatic hanya akan bertidak balas dengan kehadiran cahaya UV dan tidak akan bertindak balas terhadap cahaya nampak (macam cahaya lampu le..) . Oleh itu jika anda berapa dalam kereta misalnya, pastinya cermin mata anda jenis photochromatic tidak akan bertukar menjadi gelap (atau warna lain bergantung kepada perubahan fizikal molekul) disebabkan terlindung dengan cermin kereta anda dan atau cermin kereta anda mempunyai tinted yang dapat menghalang sinaran UV. Untuk bertukar kepada warna gelap, ianya memerlukan kadar minimum cahaya UV yang tertentu bergantung kepada jenis, model dan pengeluar.



Jenis-jenis kanta yang bloeh bertukar warna disebabkan olah kepekaan kepada cahaya & ultraviolet :

  • Photocromic (photogrey dan photobrown) 
- Pembuatan kanta adalah hasil adunan antara warna dan lens.

- Kanta mempunyai sedikit warna dalam lens (brown/grey) dan tempoh penukaran kepada gelap cerah adalah sedikit perlahan.

- Penukaran warna kanta adalah berbeza bagi “power” yang berbeza bagi kedua-dua belah mata.

- Photogrey telah wujud di pasaran negara kita sejak 10 tahun yang lalu.


  • Transition    
-Transition dikeluarkan dengan teknologi yang lebih baharu beberapa tahun selepas photogrey dipasarkan.

- Kanta Transition pula telah dibuat dahulu dan dimasukan bahan organisma yang peka kepada cahaya dan ultraviolet ke dalam kanta itu.

- Penukaran gelap kepada normal dan sebaliknya adalah lebih cepat dan menjanjikan perlindungan 100% dari ultraviolet.


Ni la antara sedikit sebanyak yang boleh dikongsi bersame

Jom tukar spek camni nak :) ehee...


credit to Optometri dan Anda & Rayban Malaysia

5 comments:

  1. brp harga tuka spec tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga serendah RM200 pun boleh dapat dah..tapi bergantung juga kepada harga bingkai

      Delete
  2. Sy ada cermin mata...tapi sy xbuat uv bila kena cahaya bertukaq warna ...klu sy nak buat leh ke...berape ye rm tuk tambah uv saja.

    ReplyDelete
  3. Sy sudah ada cermin mata...tapi masa buat sy power st xbuat tuk uv...klu sy nak buat tambah uv saja leh ke?Berape ye rm tuk tambah uv je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasenye. cuba tanya kedai tu dulu berapa RM. saya tak pasti berapa harga tambah layer tu sbb saya buat terus 1 set

      Delete

Terima kasih atas komen anda