-->

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh





Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh


Selepas jam 12 malam semalam (14 May), hati tergerak nak periksa baki kredit celcom dengan menekan butang *124#. 

Tiba-tiba keluar camni "Sorry, your operation fail, please dial the Call Center!" Siap ada tanda seru lagi tu. Marah sangat barangkali.

Sudahhh..mengelejat, menggelupur la bila keluar notis macam tu. Salah sendiri jugak kan, sape suruh tak reload sampai lebih 50 hari..hahaha. Celcom siap hantar SMS beritahu tempoh ihsan dan bila akan tamat tempoh. Sibuk sangat sampai terlupa..haha. Apa yang sibuk sangat tak tau la sampai terlupa nak reload. 

Nombor celcom tu memang jarang digunakan tapi ada je dapat panggilan atau SMS. Sekarang ni nombor Maxis je yang aktif. Dah 7 tahun guna nombor tu, sayang kalau tamat tempoh buang macam tu je. 

Tanpa membuang masa dalam masa yang sama nervous sampai menitik peluh jantan, saya terus menghubungi pihak Celcom.

Ohh hampa..pegawai perkhidmatan yang bertugas minta telefon pagi subuh pula sebab sistem sedang dikemaskini masa tu. 

Saya pun ganggu la Call Center di 1-300-11-1000 pagi-pagi subuh. Penyelesaiannya, pegawai yang bertugas itu beritahu bahawa saya perlu pergi ke Celcom Center dengan membawa RM30 beserta kad pengenalan diri untuk 'menghidupkan semula' kad sim saya. Saya perlu ke Celcom Center sebelum tarikh tamat tempoh yang sebenar. Jika pergi selepas tarikh tamat tempoh, kemungkinan nombor kita tak dapat diselamatkan lagi.

Dengan tergesa-gesa, saya terus ke Celcom Center di Kamunting, Taiping memandangkan tiada Celcom Center di Kuala Kangsar. Ohh..sadisnya..

Pergi ke Celcom Center bawa RM30 dan kad pengenalan. Ape???!! RM30??!! Banyak tuuuu.. Sabo ye. RM30 tu bukan untuk suka-suka hati Celcom nak ambil untuk membeli belah atau makan satay 30 cucuk tetapi sebagai reload untuk nombor Celcom milik kita. Jadi, kita tak rugi pun. Nombor telefon kita akan jadi seperti kad sim yang baru dibeli. Contohnya, tidak boleh membuat permintaan Credit Advance bagi 6 bulan pertama.

Ringkasan langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
  1. Pergi ke Celcom Center, beritahu pada staf untuk mengaktifkan semula nombor yang telah tamat tempoh.
  2. Bawa bersama RM30 dan kad pengenalan untuk proses tersebut.
  3. Dah selesai, tunggu dalam tempoh 24 jam untuk nombor anda aktif semula. RM30 akan dikreditkan ke nombor anda.
Phewww..Alhamdulillah selamat pun nombor saya. Tu la, dah terhantuk baru tengadah. 


Catat Komen

21 Ulasan

  1. waktu call celcom center tu dia ada gitau x smpai bila tmpoh sebelum no yg dh terminated tu ditukar jdi simcard yg bru

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang tak bgtau tp kalau nk nombor tu lagi, kena cepat2 aktifkan semula

      Padam
    2. okey tqvm :)

      Padam
  2. Mksud tarikh tamat tempoh sebenar tu bpe lama eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tarikh tamat tempoh yang kita tak boleh guna dah nombor tu

      Padam
  3. Salam kak, kalau kata dh settle semua masalah lepas tu buat benda yang sama, agak-agak diorang bagi x peluang yang kedua?

    BalasPadam
  4. Mkom kak,kalau nak aktifkn simkad tampa p celcom center.guna dlm talian,bolekh.sbb pkpb ni susah mau brurusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba call celcom customer service dulu ye

      Padam
  5. no phone sy dh 4 tahun x aktif disebabkan sim kad tu dah patah..bagaimana cara nak dptkan no tu balik? kena bayar?

    BalasPadam
  6. Kak nak tanya, kalau tarikh tu dah lepas 3/4 hari masih boleh pergi service ka? Risau & sayang nombor tu xdpt pakai. 😭

    BalasPadam
  7. Nak tanya? Kenapa dengan Celcom ya?
    First nombor saya saya guna 2015/2016
    Prepaid
    Selalu isi kredit
    Tak pernah miss
    Cuma 2021 jer tak isi kredit dalam beberapa bulan kejap jer bulan 2 tak isi kredit
    Bulan 3 nak isi dah Kene block
    Tanya centre Celcom yang berdekatan dia kata dia tak boleh nak buat simkad baru macam tak boleh nak aktifkan balik simkad baru macam yang sis buat tu
    Dia cakap hanya bluecube jer dapat buat
    Bila tanya bluecube
    Dia cakap tak boleh buat prepaid dah
    Kalau nak aktifkan balik Kene buat pospaid nombor tu
    Hmmm
    Tapi tiap bulan Kene bayar bill lah membazir kot ..

    Macam dah tawar hati nga Celcom
    Sebab sebelum ni simkad lain guna telco Celcom jer.
    Termaksud lah simkad ni
    Punya bertahun setia nga Celcom
    Tapi Celcom tak bagi perhargaan ataupun insan pun
    Macam tak bagi peluang
    Kalau ikutkan boleh lah nombor prepaid guna prepaid
    Ni nombor asal prepaid nk hidup balik Kene guna postpaid cas plan tu Kene 6% SST
    Padahal baru jer block tak lama pun 2021 bulan 3 block
    Bulan 2 tak isi kredit fon rosak

    Terpaksa buat postpaid sebab nombor tu penting
    Harap pospaid tu nanti takde kontrak lah
    Dan harap dapat balik prepaid tapi nombor sama kekal
    Kalau bukan Celcom
    Pun
    Telco lain pun takpe
    Hmm miss my nombor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah.. nak buat macam mana kan. Mungkin syarat Celcom dah berubah sekarang ni. Saya buat tu lama dah

      Padam
  8. kenapa ya staf celcom centre yg sy pergi ckp nombor sy tu mmg dah tak dapat digunakan dah? dia ckp nombor tu dah expired terus. tak dpt nak reactivate mcm awk buat :( sedih sgt sbb bank2 account semua sangkut dgn nombor tu cuma sy tak reload dalam 2 bulan sbb guna simkad student yg ada free Internet time belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya buat ni lama dah. mungkin sekarang ni syarat Celcom dah berubah.

      Padam
  9. Boss nk tanya skit....klau sy nak nombor sy yg lama blik boleh ?

    BalasPadam
  10. kat kuala kangsar takde, parents pulak tak bagi keluar jauh 😭

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)