Penyelesaian Masalah Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus
Hasil Cetak Printer Bergaris dan Putus-putus
Geram juga rasanya apabila hasil cetak printer bergaris dan putus-putus. Cuba dua tiga kali print, masih keluar yang sama juga hasilnya, garis putus-putus dan nampak ruangan putih pula di tengah-tengah teks yang panjang.
Printer Mai yang berjenama Canon iP2770 menggunakan tank dakwat di luar, memang jimat banyak bila guna tank ni. Dah lama guna printer ni, dari zaman belajar di universiti lagi. Masa belajar dulu jangan cakaplah, memang banyak kerja yang perlu menggunakan printer jadi penggunaan tank dakwat di luar sangat-sangat membantu.
Printer tu sekarang ni dah pun bertukar tangan, adik Mai pula yang guna. Baru-baru ni printer tu mengalami masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus, warna hitam je yang jadi masalah ini. Pelik juga sebab dakwat dalam tank masih banyak isinya. Siap keluar Error 5100. Nak kata ada benda tersangkut dalam printer, tak juga. Jadi, mungkin kesalahan ini terjadi disebabkan dakwat tak dapat mengalir lancar kerana kepala pencetak tersumbat. Macam mana boleh tersumbat pula? Mungkin sebab kepala pencetak kotor, dakwat mengering yang terlekat tidak dibersihkan.
Tapi error ni senang je nak selesaikannya.
Cara Mengatasi Canon Printer Error 5100
1. Off printer dan matikan suis.
2. Keluarkan cartridge daripada printer. Kemudian, lap printer head dan pin menggunakan tisu sehingga bersih.
3. Masukkan semula cartridge ke dalam printer.
4. On printer, test print untuk lihat hasilnya.
3. Masukkan semula cartridge ke dalam printer.
4. On printer, test print untuk lihat hasilnya.
Ok dah selesai masalah Error 5100. Tapi hasil cetakan masih lagi sama keluar putus-putus dan garisan putih. Pembersihan sendiri oleh printer (di Maintenance printer Canon) pun tak jadi juga. Adik Mai bawa printer ke kedai komputer untuk periksa kerosakannya. Penyudahnya mereka suruh beli cartridge dakwat hitam yang baru. Ok, beli je lah yang baru masa tu. Tapi baru 4 bulan guna, jadi semula masalah print keluar garis putus-putus tu.
Apa yang dibuat kali ini, printer dibawa balik. Mai cuba periksa sendiri printer tu ikut tutorial di internet. Kalau pergi kedai komputer lagi, mungkin mereka akan suruh beli cartridge baru. Tujuan guna tank dakwat pun memang nak jimatkan penggunaan dakwat. Takkan asyik nak beli cartridge baru je kalau ada masalah macam ni jadi kan..
Fikir punya fikir terus buka YouTube, cari tutorial untuk selesaikan masalah ini. Rupanya senang caranya.
Cara-cara untuk selesaikan masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus
1. Off printer dan matikan suis.
2. Keluarkan cartridge daripada printer.
3. Sediakan air panas dalam bekas yang kecil.
4. Rendam printer head dalam air panas tersebut. Pastikan air tidak terkena pin di tepi. Rendam sampai air panas tu sejuk.
5. Kemudian, lap printer head dengan menggunakan tisu sehingga kering.
6. Apabila sudah betul-betul kering, masukkan cartridge ke dalam printer semula.
7. Test print untuk lihat hasilnya.
Selagi hasil cetakan keluar garis bergaris dan putus-putus, ulang semula langkah tadi sampai puas hati.
Di bawah ini adalah hasil selepas printer head dicuci.
Di bawah ini adalah hasil selepas printer head dicuci.
Hasil test print. Warna hitam dah ok. |
Hasil cetak sebelum printer head dicuci |
Hasil cetak selepas printer head dicuci |
Alhamdulillah jadi! Cantik hasil cetakannya. Mai buat langkah-langkah ini 3 kali baru dakwat lancar keluar, takda dah garis putus-putus warna putih pada hasil cetakan. Kalau tahu awal hari tu, dah lama buat cara ini. Jimat dan tak kena tipu huhuhu...
Kalau anda pun menghadapi masalah begini, bolehlah cuba cara-cara untuk selesaikan masalah hasil cetak printer bergaris dan putus-putus ini. Kalau masih tak berjaya setelah mencuba beberapa kali, bawa printer anda kepada yang pakar.
mila punya print pun tersekat2 kalau nak copy, klu print guna yang best quality baru tak berbelang-belang dan terpotong
BalasPadamtips yang bermanfaat ni
BalasPadamDulu kat rumah sis ni ada jugak canon printer..tapi dah bagi orang sebab jarang guna. Bila jarang guna ink cepat kering. Asyik beli ink baru je..mahal pulak tu
BalasPadamTak pernah terfikir nak tulis tip macam ni sangat berguna pada mereka yang tak pernah maintenance printer sendiri boleh cuba ni..
BalasPadambagus jugak ada tutorial ni...sakit hati bila printer selalu buat hal..
BalasPadamkalau pandai dan belek apa yang rosak, okla kan..jimat tak yah pergi kedai, yang cas harga mahal..nasib dah selesai..kalau tak, mesti penin asyik bergaris je tulisan
BalasPadamgood tip. Tq
BalasPadamAh, good solution. My Epson gives me this problem all the time. Every time I fix it, it drinks up my ink. Annoying!
BalasPadamwoo... i have been using printer for ages... everything transfer to photostat machine which have the printing function. good to know on how to clean printer head..
BalasPadamgood solution..kalau suruh akak yg buat sampai ke sudah mmg x jadi la..alamatnya hantar repair..hehehe..dh ada perkongsian ni..boleh refer kat sini
BalasPadamWah good solution, tq share tips kalau bawa ke kedai itu jela solution dia. Suruh beli baru.
BalasPadamTQ share tip yg paling bagus bg orang selalu guna printer, dah blh selesai masalah psl printer
BalasPadam