Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia Sehingga 30 April - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

27 March 2012

Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia Sehingga 30 April

27/3/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)




Semalam baru je 'habiskan' Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Takut tak sempat nak tukar sebab tempoh sah baucar adalah sehingga 31 Mac. Tetibe hari ni dengar citer tempoh sah baucar dilanjutkan sehingga hujung bulan April. Dengan perasaan ingin tahu yang mendadak, saya pun search la kt gugel berita tentang ni. Ha'a la. Memang betul sah sehingga 30 April. Tapi takpe la. Sume barang yang diperlukan da pun dibeli. Buku pun da cukup. Bawah ni adalah berita tentang tempoh sah baucar tersebut . . .

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.
“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.
“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini.
KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled mengumumkan kementeriannya bercadang menubuhkan dua lagi Kursi Pengajian Melayu iaitu di Jerman dan Jepun tidak lama lagi.

Katanya, Goethe-University of Frankfurt di Jerman turut menyatakan minat untuk mengembangkan Pengajian Melayu di universiti berkenaan.

Katanya, penubuhan kursi berkenaan dicadangkan kerana Frankfurt adalah pusat perbankan serantau di Eropah, sekali gus menjadi langkah strategik bagi mempromosikan Malaysia sebagai pelopor bidang pengajian perbankan Islam pada peringkat global.


Sumber : Berita Hairan...eh silap pulak. Berita Harian  ^^,

2 comments:

  1. dah manfaat kat 200 tok beli buku... mahal sungguh buku2 sem nie... nasib dpat bantuan... lega sikit duit poket aq.. hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. @Kotak Mancis

    tu la...baucar ni membantu sebenarnye...pelik jugak bg sesape yg g jual baucar ni...haihhh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda