Gerhana bulan separa 4 Jun dan transit planet Zuhrah 6 Jun 2012 - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

04 June 2012

Gerhana bulan separa 4 Jun dan transit planet Zuhrah 6 Jun 2012

4/6/2012


Kita,khususnya rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan dua fenomena yang julung kalinya berlaku iaitu gerhana bulan separa pada hari Isnin ( 4 Jun 2012 ) dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu ( 6 Jun 2012).

Sumber daripada Persatuan Falak Syari Malaysia mengatakan gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib.




Fenomena transit planet Zuhrah pula amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang.

Dalam pada itu,orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.


Titik hitam menunjukkan Planet Zuhrah

Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Walaupun di mana kita berada,sekiranya langit berada dalam keadaan cerah selepas Matahari terbenam, lihat ke arah Tenggara di mana Bulan berada.Kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 4 Jun 2012, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di Planetarium Negara.Masuk adalah percuma.




Gambar Gerhana Bulan Separa  

Gambar Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012 kali ni jelas kelihatan dari beberapa negeri di Malaysia. Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib sehingga 9.18 malam pada 4 Jun 2012. Kejadian gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi. Ini adalah gambar ehsan dari fanpage Malaysia Lunar Eclipse yang sanggup berkongsikan pengalaman mereka untuk fenomena gerhana bulan separa pada hari ini.

Gerhana Bulan Di Pahang





Gerhana Bulan Separa Di Sandakan



Kejadian Gerhana Berlaku Pada Pukul 7.29 Malam waktu tempatan

Sumber: Gambar Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012 Di Malaysia | melvister.com 





Transit planet Zuhrah melintasi matahari 

Mengenai proses fenomena transit 6 Jun ini berlaku apabila sentuhan planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.





sumber: Encik Nakal & Melvister.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda