Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berita Semasa | Pengurusan Belanja Kerajaan Makin Lemah

1 Zulhijjah 1434 H



SHAH ALAM - Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan.

"Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, justeru pihak yang berkenaan tidak boleh melenting dengan laporan didedahkan itu sebaliknya menerima teguran tersebut sebagai didikan dalam usaha menambah baik semua kelemahan yang dinyatakan audit.

Katanya, setiap juruaudit sedia ada dalam setiap jabatan kerajaan perlu main peranan dalam permasalahan tersebut. - Sinar Harian.


# Dah terbukti kan. Bukan omong kosong. 
Jagalah amanah negara dengan baik. Jujur dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Baru datangnya berkat daripada Allah swt. InsyaAllah. 


Catat Ulasan for "Berita Semasa | Pengurusan Belanja Kerajaan Makin Lemah"