Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh


Selepas jam 12 malam semalam (14 May), hati tergerak nak periksa baki kredit celcom dengan menekan butang *124#. 

Tiba-tiba keluar camni "Sorry, your operation fail, please dial the Call Center!" Siap ada tanda seru lagi tu. Marah sangat barangkali.

Sudahhh..mengelejat, menggelupur la bila keluar notis macam tu. Salah sendiri jugak kan, sape suruh tak reload sampai lebih 50 hari..hahaha. Celcom siap hantar SMS beritahu tempoh ihsan dan bila akan tamat tempoh. Sibuk sangat sampai terlupa..haha. Apa yang sibuk sangat tak tau la sampai terlupa nak reload. 

Nombor celcom tu memang jarang digunakan tapi ada je dapat panggilan atau SMS. Sekarang ni nombor Maxis je yang aktif. Dah 7 tahun guna nombor tu, sayang kalau tamat tempoh buang macam tu je. 

Tanpa membuang masa dalam masa yang sama nervous sampai menitik peluh jantan, saya terus menghubungi pihak Celcom.

Ohh hampa..pegawai perkhidmatan yang bertugas minta telefon pagi subuh pula sebab sistem sedang dikemaskini masa tu. 

Saya pun ganggu la Call Center di 1-300-11-1000 pagi-pagi subuh. Penyelesaiannya, pegawai yang bertugas itu beritahu bahawa saya perlu pergi ke Celcom Center dengan membawa RM30 beserta kad pengenalan diri untuk 'menghidupkan semula' kad sim saya. Saya perlu ke Celcom Center sebelum tarikh tamat tempoh yang sebenar. Jika pergi selepas tarikh tamat tempoh, kemungkinan nombor kita tak dapat diselamatkan lagi.

Dengan tergesa-gesa, saya terus ke Celcom Center di Kamunting, Taiping memandangkan tiada Celcom Center di Kuala Kangsar. Ohh..sadisnya..

Pergi ke Celcom Center bawa RM30 dan kad pengenalan. Ape???!! RM30??!! Banyak tuuuu.. Sabo ye. RM30 tu bukan untuk suka-suka hati Celcom nak ambil untuk membeli belah atau makan satay 30 cucuk tetapi sebagai reload untuk nombor Celcom milik kita. Jadi, kita tak rugi pun. Nombor telefon kita akan jadi seperti kad sim yang baru dibeli. Contohnya, tidak boleh membuat permintaan Credit Advance bagi 6 bulan pertama.

Ringkasan langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
  1. Pergi ke Celcom Center, beritahu pada staf untuk mengaktifkan semula nombor yang telah tamat tempoh.
  2. Bawa bersama RM30 dan kad pengenalan untuk proses tersebut.
  3. Dah selesai, tunggu dalam tempoh 24 jam untuk nombor anda aktif semula. RM30 akan dikreditkan ke nombor anda.
Phewww..Alhamdulillah selamat pun nombor saya. Tu la, dah terhantuk baru tengadah. 


30 ulasan for "Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh"

  1. waktu call celcom center tu dia ada gitau x smpai bila tmpoh sebelum no yg dh terminated tu ditukar jdi simcard yg bru

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang tak bgtau tp kalau nk nombor tu lagi, kena cepat2 aktifkan semula

      Padam
    2. okey tqvm :)

      Padam
  2. okeh tqvm

    BalasPadam
  3. Mksud tarikh tamat tempoh sebenar tu bpe lama eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tarikh tamat tempoh yang kita tak boleh guna dah nombor tu

      Padam
  4. Tanpa Nama10 Ogos, 2020

    Salam kak, kalau kata dh settle semua masalah lepas tu buat benda yang sama, agak-agak diorang bagi x peluang yang kedua?

    BalasPadam
  5. no phone sy dh 4 tahun x aktif disebabkan sim kad tu dah patah..bagaimana cara nak dptkan no tu balik? kena bayar?

    BalasPadam
  6. kenapa ya staf celcom centre yg sy pergi ckp nombor sy tu mmg dah tak dapat digunakan dah? dia ckp nombor tu dah expired terus. tak dpt nak reactivate mcm awk buat :( sedih sgt sbb bank2 account semua sangkut dgn nombor tu cuma sy tak reload dalam 2 bulan sbb guna simkad student yg ada free Internet time belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya buat ni lama dah. mungkin sekarang ni syarat Celcom dah berubah.

      Padam
  7. Tanpa Nama11 Mei, 2021

    kat kuala kangsar takde, parents pulak tak bagi keluar jauh 😭

    BalasPadam
  8. mcm mn nk aktifkan balik nombor celcom tanpake blue cube synya susah nk pergi sbb terlantar atas katil

    BalasPadam
  9. Hai buat semua yang visit, sedikit info bg pengguna Celcom, dia akan bagi 50 hari Grace Period untuk topup, kalau tak topup jugak, dia akan masuk Termination Stage 1. Stage 1 ni dia bagi 10 hari untuk selamatkan no dengan Min. topup RM30 dalam sekali topup.Kalau tak topup, masuk Termination Stage 2, kat sini say Goodbye jelah kat no tu. No tu akan dibuka balik untuk dijual semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sy call center dia kata nombor expired xkn dikecualikan balik betul ke

      Padam
  10. Salam sis,klau simkad kita tu dh tamat tempoh sbnyak 5 hri still bleh ke?

    BalasPadam
  11. Skrg ni dh lain dh..klau no prepaid mati..kna tukar pada postpaid pulak dh..pndai lh marketing dorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa yeke? Baru tau ni sebab dah lama tak guna prepaid.

      Padam
    2. Salam cik Wan. Nak tanya .no prepaid da expired dan kita plak pelukan sgt nombor tu.adakah boleh diaktifkan semula

      Padam
  12. Tanpa Nama04 Mei, 2022

    Kalau bawak ic perlukan cop jari ke tak?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama07 Jun, 2022

    kalau number tu dah terminate lama, bole dapat semula ka number tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti pula. cuba tanya telco terus ye

      Padam
  14. Prepaid saya ni da terminate,suruh datang g Celcom blue cube before retired_Date 11hb8...masih boleh di aktiv kan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba je datang dulu ye

      Padam
    2. Boleh tapi diorg suruh yltukar ke postpaid

      Padam
  15. Hello sis, kalau sudah selesai proses tu semua.apa kita perlu tunggu di kedai sampai siap atau kita bole balik rumah dah.

    BalasPadam
  16. No prepaid celcom sya pun dh expired 5 bulan sbb jarang guna call. Hanya bg ank guna utk keje sek dia. No kwn² lama ada dlm no tu. G center celcom dMelaka. Kta agen dsitu no prepaid sya sudah jd simkad baru yg x tau lokasinya dmana djual. Pelik pula dunia dh moden x kan celcom xleh kesan lokasi simkad tu djual

    BalasPadam