Temuduga dan Tugas Pembantu Tadbir N17

Temuduga dan Tugas Pembantu Tadbir N17

soalan temuduga pembantu tadbir N17, tugas pembantu tadbir N17,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Pembantu Tadbir N17 dari pihak SPA. Temuduga untuk jawatan ini berlangsung sekitar bulan Jun. Tahniah diucapkan kepada anda. 

Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda ditemuduga.

Kita mulakan dengan tugas-tugas Pembantu Tadbir.

Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
– perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
– perkhidmatan, latihan dan kerjaya
– gaji, elaun dan kemudahan
– faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Itu adalah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas Pembantu Tadbir.

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni? Jom ikuti sedikit tips..
1) Buat persediaan awal. Kaji tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh skop kerja:

# urus punch kad staff di jabatan/unit
– siapa lewat, siapa MC

# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.

# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff

# Menaip dan buat surat/dokumen

# Jadi POSMEN

# Kadang-kadang jadi PA

# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..

# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…

# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada 
pembantu tadbir, tak jalan juga operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. 
Ini bagus dan berguna masa ditemuduga. Saya sering dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan
berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya. Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni. Bagi saya, tahu perkara yang asas sudah memadai.

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja. 
Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan pembantu tadbir ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata "Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini".

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.
Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? 
Maksud tersiratnya "kenapa awak sesuai untuk jawatan N17" ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah.

Jawapannya mungkin "Saya suka SENYUM kot tuan panel". Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dan lain-lain. 
Baca je akhbar. Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan "1 MALAYSIA". 

Begitulah serba-sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh calon temuduga pembantu tadbir N17. Jangan ingat gred jawatan rendah, anda boleh buat sambil lewa je ok.

Kredit : kerja-kerajaan.com



{ 12 comments.. read them below or add one }

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli Mei 25, 2015
Saya dapat temuduga nie..
Tepu kepala..hehe..tq ye tips2 nie..
Eka Tikah Eka Tikah Mei 26, 2015
nice info. hehe. kite pernah dpt panggilan tapi tak pergi. hee
Mohamad Rizal Mohamad Rizal Oktober 25, 2015
Mcmana result kamu,berjaya ke?
Najid Md Razi Najid Md Razi April 07, 2016
Berdebarnya.. sy dapat iv dgn MARA... po n17.. tkut pula.. tpi selepas bca artikel ni.. insyallah saya akn buat persedian..
Unknown Unknown Julai 13, 2016
Saya baru dapat surat temuduga n17 bahagian spp. Takut pulak nak pergi.
Unknown Unknown Ogos 07, 2016
bila tu? & kt mana ye..sya pon dpt..
Airil Ashraf Airil Ashraf Oktober 26, 2016
Salam , bro dah pergi ke iv nya? Mcmna result

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)