Petua Mudah Halau Anai-anai dari Rumah

Petua halau anai-anai dari rumah

Anda mengalami masalah anai-anai 'naik' rumah? Dah puas sembur dengan racun tetapi masih tidak berkesan? Anai-anai ni agak berbahaya kerana ia 'makan dalam'. Contohnya papan, kita lihat luarannya baik-baik je tapi di dalam sudah menjadi seperti rongga kerana anai-anai makan bahagian dalam papan tersebut seterusnya akan mereput. Perkara ini agak merunsingkan. Bukan sahaja papan, dinding simen pun dipanjatnya jugak!

petua halau anai-anai

Kalau dah sembur racun pun tidak mendatangkan hasil, jom cuba mana-mana cara mudah berikut:

1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Bahan-bahannya memang mudah didapati di pasaran. Hilangkan masalah anai-anai segara.
Selamat mencuba.

*Hasil perkongsian dari laman Facebook. Terima kasih kepada yang berkongsi petua ini.


Nak tempah design?


6 comments.. read them below or add one

yoorin melacolea yoorin melacolea Jun 16, 2015
bagus jugak tips ni.. kat rumah tu tiang nya dah nak reput.. huhu..
Maria Firdz Maria Firdz Jun 17, 2015
Minyak tanah tu pnh buat..
irra yyan irra yyan Jun 17, 2015
rumah kak ira kena serangan semut...geram sungguh
Unknown Unknown Oktober 06, 2016
kalau bahan bahan macam ni kita buat suntikan atas kayu bukan buat semburan sahaja berkesan tak?
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Oktober 12, 2016
yang ni saya tak pasti macam mana :) boleh cuba dulu untuk uji keberkesanannya

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)