Itu Bukan Hak Kau! Pulangkan!

Samun, curi dan rompak

Akhir-akhir ini sering kali kita mendengar kes-kes samun, mencuri dan merompak di pelbagai media sosial. Mengapa kerap sangat perkara ini berlaku?

Jangan beri alasan tidak berduit, dibolehkan mencuri. Perbuatan yang salah itu tetap salah dan pasti ada hukumannya. Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kes seperti ini.

Khamis bersamaan 27 Ogos 2015, lebih kurang jam 3.30 petang, telah berlaku kes samun dan bunuh di tempat saya. Seorang warga emas terbunuh dipercayai mukanya ditutup dengan kain dan diikat oleh suspek. Mungkin mangsa sudah lama menjadi target suspek. Dan mungkin juga telah dirancang. Semuanya masih dalam siasatan.

Kes samun dan bunuh di Padang Rengas
Kes samun dan bunuh di Padang Rengas
Kredit foto: BSKH
Dalam kes lain, tanaman penduduk kampung banyak yang 'lesap' begitu sahaja. Buah seperti pisang, kelapa, durian dan getah buku menjadi buruan orang yang tidak berhati perut. Bersusah payah tanaman itu diusahakan, namun hilang begitu sahaja tanpa sempat menikmati hasilnya.

Persoalannya, di manakah sifat keperimanusiaan mereka? Apakah mereka tidak memikirkan tentang akibat daripada perbuatan mereka? Sudah hilang pedomankah mereka? Adakah itu penyelesaian kepada masalah kekeringan wang?

Mereka mungkin nak hasil yang cepat. Jadi curi, samun, rompak adalah perkara pertama yang difikirkan. Memang tidak patut.

"Itu bukan hak kau! Apa yang kau telah ambil itu bukan hak kau! Pulangkan semula!" . . . mahu sahaja berkata begitu kepada mereka yang tidak tahu halal haram lagi.

Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Jangan pentingkan diri sendiri. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan pasti ada balasannya.


Nak tempah design?



{ 10 comments.. read them below or add one }

Puan Wawa Puan Wawa Ogos 28, 2015
Ya Allah, makin menakutkan di Malaysia ni.. Moga Allah lindungi kita , keluarga dan negara..
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar Ogos 28, 2015
Ini yang selalu orang cakap asalkan malaysia aman sudah? Jenayah makin menjadi-jadi. Penjenayah dah tak takut asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan. Huhuhu
Norma NML Norma NML Ogos 28, 2015
Jenayah kat Malaysia ni semakin berleluasa...nauzubillah..semoga Allah melindungi kita semua dari perkara2 jenayah mcm ni..
Diana Rashid Diana Rashid Ogos 28, 2015
kerja malas lepas tu nak duit cepat..guna jalan salah je la..entah kenapa sampai hilang sifat kasih sayang tu..
yoorin melacolea yoorin melacolea Ogos 28, 2015
kadang pasal tak perikemanusiaan satu.. ni tak de rasa malu ke, org kerja pernat2, ko rembat hak orang lain.. tak malu betul.. dah la pemalas,kerna nak senang.. takut senang je bunuh.. ewahhh.. kalau azab Allah tu bagi cash, memang laa dia ni tau..eee gerammm
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ Ogos 28, 2015
jenayah makin berleluasa.. kesan ekonomi negara yang kacau bilau..
Ya Allah selamatkan lah Malaysia.... :(


sambil2 tu jangan lupa GA kak ain ye..
InsyaAllah ada 3 hari lagi...!!

Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)
Nik Ainaa Nik Ainaa Ogos 28, 2015
Manusia skrg dh xberperikemanusiaan
Ummul Azkee Ummul Azkee Ogos 29, 2015
satu je..bila iman dah tiada segala yg diperintah tak di buat ini la jdinya..buat salah macam mana pun dirasakan tak berdosa..
ENA ENA Ogos 29, 2015
dunia semakin teerdesak..allahu.


ENA nak jemput anda JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


TIA!

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)