Resepi | Puding Sagu

Resepi Puding Sagu

Puding sagu ini sesuai untuk dijadikan kudapan petang atau pun bila-bila masa sahaja yang anda suka. 
puding sagu
Puding sagu
Jom cuba resepi mudah ini. Bahan-bahannya juga senang didapati.

Puding Sagu

Bahan A

2 cawan sagu
5 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau (boleh guna pelbagai pewarna, saya guna dua warna)

Bahan B (Kuah)

Air gula
  • 1 cawan gula merah
  • Setengah cawan gula pasir
  • 1 cawan air
1 tin susu cair

Cara membuat

1. Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak.
2. Masakkan semua bahan untuk membuat air gula (gula merah, gula pasir dan air) sehingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Sejukkan sagu yang siap dimasak tadi di dalam peti sejuk.
4. Sagu yang disejukkan dimakan bersama air gula dan susu cair.

puding sagu
Sagu dimakan bersama air gula dan susu cair. Sedap!
Selamat mencuba!


Nak tempah design?



Resepi | Puding Sagu Resepi | Puding Sagu Reviewed by Maisarah Humaira on Ogos 22, 2015 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Eh ..samalah..semua sama..warna hijau merah..ala tapi PC punya dah habis di makan...sedapnya...sedap kan..lagi2 bila sejuk..

    BalasPadam
  2. wah sedapnya, my favorite ni

    BalasPadam
  3. Sejujurnya Bonde tak berapa suka makan kuih sago... Tapi tak ada masalah bg Bonde untuk masakkan pada mereka yang suka makan... mudah jer resepi ni... tqvm Mai sebab share resepi.. Pandai Mai buat...

    BalasPadam
  4. Masyarakat... sedapnya. Teringat masa kecik2 kitorang selalu pergi ke 'kedai rabu' a.k.a. pasar tani dekat rumah makcik area bachok semata-mata nak beli benda ni. Sekarang senang, masing-masing boleh belajar. Google je.. tu yang jumpa resepi ni. Terima kasih ye share :)

    BalasPadam
  5. serius suka sangat desert ni lagi2 kalau sejuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..uihhh.. sedap sangat makan time sejuk2 sagu ni

      Padam
  6. Lama x makan. Ni yg buat teringin nak makan ni. Sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap.. bolehlah buat dan makan waktu berbuka nanti kan ;)

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.