Coklat Cegah Sakit Kronik - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

30 September 2015

Coklat Cegah Sakit Kronik

Coklat Cegah Sakit Kronik 

Ada sesiapa yang tak suka makan coklat? 

coklat, cadbury

Saya hantu coklat. Kalau ada coklat keluaran terbaru, pasti saya akan cuba.

Rasa manis dan lazat yang dimiliki coklat membuatkan individu tak dapat menahan godaannya. Tidak hanya memiliki rasa enak yang menggoda, coklat jugak memiliki khasiat kesihatan.

Sering dijadikan ramuan di dalam kek, muffin dan biskut, coklat dikenalpasti oleh para penyelidik dari University of Chicago, Amerika Syarikat sebagai penawar sakit kronik. Ketua penyelidik, Dr. Peggy Mason, menjelaskan keupayaan coklat merangsang sistem otak yang mengawal bahagian bawah sedar individu dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami individu.

Kandungan flovanols dan flovanoids yang terdapat di dalamnya membuatkan coklat mampu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung. Kaya antiokdisan menjadikan coklat mujarab dalam menurunkan kolestrol dan mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah hati. 

Kehebatan coklat juga dapat mengubati dan mencegah batuk, kanser, penggumpalan darah, stress dan diabetes. Tapi harus diingatkan bahawa ambil coklat dalam kadar yang bersesuaian. Kalau terlebih makan, bimbang penyakit lain pula datang.




6 comments:

  1. namun seribu kali syg....fizah x suka coklat....apa boleh buat? pandang ajelah coklat tu...hihihihi
    TQ for info.

    ReplyDelete
  2. Sama lah, saya pun hantu coklat..hahha

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing sis... :)

    ReplyDelete
  4. Suka tapi tak sepanjang masa..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda