Disuruh Ambil Vitamin Kerana Terlalu Kurus

Vitamin Untuk Kucing

vitamin

Lebih kurang pukul 10 saya ke klinik haiwan. Tujuannya untuk mengetahui penyakit yang dialami oleh anak kucing saya. Sampai saja di klinik tersebut, ramai betul pemilik kucing sedang menunggu giliran! Kucing tercekik lemang ke? errrr..

Takpelah. Sabar tunggu giliran. Sementara menunggu, sempat bercerita tentang kucing masing-masing. Ada yangnak cucuk vaksin, demam, selsema..dan yang paling teruk seekor kucing ni peranakannya dah berjurai keluar. Saya belek kucing tu. Nampak matanya berair. Mungkin dia sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Sedih sangat tengoknya :( Kucing ni baru je lepas melahirkan anak. Umur kucing tu pun agak banyak dah. Dah berumur la kiranya. Pemiliknya beritahu kucingnya itu kalau melahirkan, sekurang-kurangnya 9 ekor anak. Huiyoooo. 

Tiba giliran anak kucing saya masuk ke bilik rawatan, doktor pun bertanya tentang anak kucing itu. Sebelum ini, badannya berisi dan gebu. Akhir-akhir ini, anak kucing saya jadi kurus sangat sebab dah beberapa hari tak nak makan. Seleranya lari. Najis dan muntahnya terdapat cacing. Kadang-kadang muntah pun keluar darah sikit. Doktor beritahu mungkin anak kucing saya jadi kurus sebab cacing.

Doktor sarankan supaya kebersihan tempat tinggal kucing dan makanan mesti pastikan betul-betul bersih dan terjaga. Anak kucing saya diberikan suntikan dan vitamin supaya dia berselera untuk makan. Semoga anak kucing saya cepat sembuh.

Semoga Zorro cepat sembuh! I love you
Gambar tak cantik pulak dah...



{ 7 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria September 25, 2015
Kunci pun ada vitamin...kita yang manusia ni kena amik b=vitamin tp malas kan...
emalin mohd emalin mohd September 26, 2015
Kucing pun perlu vitamin kan? Get well soon Zorro..
Ayuni Sara Ayuni Sara September 26, 2015
alooo sian. smoaga zorro cepat sihat dan gebu seprti sediakala
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie September 28, 2015
bila tengok sampul ubat dan ubat vitamin b complex ini, cik en andaikan maisarah ambik rawatan di klinik vet kerajaan di sekitar perak ni.. hihi.. maaf kalau tersalah.. :)
iffah hussin iffah hussin September 29, 2015
Zorro kan Hero... moga cpt sado... my hero

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)