EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR

tidur, sleep, lena, mimpi

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah ra.,

"Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu pada hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah"

Lalu Siti Aisyah bertanya :
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur, bacalah surah al-Ikhlas tiga kali. Seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran"

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad ( 3x )

2. "Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat pada hari kiamat"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x )

3. "Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau"

Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. "Dan perbanyakkanlah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

(Tafsir Haqqi)

Wallahu a’lam bisawwab..



Nak tempah design?



Catat Ulasan

5 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)