Cara Jimat Minyak Petrol - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

12 October 2015

Cara Jimat Minyak Petrol

Cara Jimatkan Minyak Petrol

Minyak petrol adalah bahan-bahan yang sering digunakan untuk kenderaan seperti kereta, motorsikal dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa ia amat penting kepada kita dalam kehidupan seharian. Kalau tangki minyak kenderaan tidak diisi petrol, tak bergeraklah kenderan itu.

jimat minyak petrol

Harga minyak petrol tidak menentu. Kadang-kadang turun, kejap lagi naik pula. Jadi jom kita berjimat. Saya kongsikan beberapa tip untuk berjimatkan. Terjumpa tip ini sewaktu membaca sebuah majalah yang tak ingat tajuknya.

Cara jimat minyak petrol:

1. Isi minyak pada waktu malam
Isi minyak pada waktu malam kerana petrol atau diesel dikatakan mempunyai gas yang kurang bila cuaca sejuk. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas di mana setiap liter yang diisi akan merugikan pengguna kerana haba petrol bercampur dengan lebihan gas di dalam kandungannya.

2. Isi minyak sehingga tangki penuh
Minyak cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Semakin besar ruang, semakin banyak minyak minyak meruap. Petrol yang meruap tak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan pengguna memenuhkan tangki walaupun separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda ‘E’ menyala barulah hendak diisi.

3. Pandu kereta dalam kelajuan tetap
Tak perlu terlalu laju & tak perlu terlalu perlahan. 70-90 km sejam adalah kelajuan yang sesuai. Semakin laju kereta dipandu, semakin banyak minyak yang digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan bebanan pada kereta. Maka, pandulah pada kadar yang tetap.

4. Patuhi jadual servis
Enjin yang diselenggarakn akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Tujuannya adalah untuk cucian pada injap minyak agar ia tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukar jika perlu.

5. Periksa angin tayar
Periksalah tekanan angin tayar seminggu sekali. Penjagaan tayar yang baik dapat memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jarak yang jauh, ia menjimatkan minyak.

Pemanasan enjin selama 30 saat
Enjin kereta yang panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan saja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.

7. Elakkan menunggu
Matikan enjin jika terpaksa menungggu lama. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

8. Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kereta perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban, semakin banyak tenaga dan petrol yang akan digunakan.

Begitulah antara tip atau cara jimat minyak petrol.

Jom amalkan! Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.


7 comments:

  1. tayar tu betul sangat, kena check. berat kang.. makan minyak

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus untuk diamalkan..

    ReplyDelete
  3. Takyah guna kereta. Jimat terus

    ReplyDelete
  4. marilah kita cuba praktis.. smoga dapat kurangkan belanja..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Ena pun tertekan juga dgn kadar harga minyak yg agak x menentu..

    ReplyDelete
  6. Saya suka buat no.2...tapi sejak minyak naik dah tak mampu dah...sekali isi penuh RM95.. pokai rasa..

    yang 1st tu tak pernah tau..tapi sbnrnya agak payah nak cari stesen midnight..
    sbb kita pakai shell je.. xpakai yang lain..

    Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda