Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

22 October 2015

Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

Hari ini bertarikh 9 Muharram (22 Oktober) dan esok pula 10 Muharram (23 Oktober). Umat Islam digalakkan berpuasa pada tarikh ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

Hari Tasu'a, Hari Asyura

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram:

  • Nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
  • Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.

Kenapa berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram)?

Tasu'a yang berasal daripada perkataan Tis'ah bermaksud sembilan dalam Bahasa Arab. Ulama’ berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram. Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam adalah hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Kelebihan Puasa Bulan Muharram

Kelebihannya dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya. (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari 'Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari 'Asyura (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Pelbagai fadhilat atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jadi, jom berpuasa sunat Hari Asyura esok.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura, sunat kerana Allah ta’ala.”
(Untuk niat puasa Hari Tasu'a, hanya tukarkan perkataan 'Asyura kepada Tasu'a)

Kredit: Shafiqolbu, Islam Itu Indah


4 comments:

  1. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat hari ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillahh.. Semoga puasa kita hari ni diberkati Allah

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..moga setiap amalan baik kita diterima Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda