12 Barisan Umat Muhammad di Padang Mahsyar - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

20 November 2015

12 Barisan Umat Muhammad di Padang Mahsyar

12 Barisan Umat Muhammad di Padang Mahsyar

Setiap detik, umur kita semakin bertambah. Bagaimana dengan amalan kita? Lebih banyak yang baik daripada buruk? Alhamdulillah jika begitu. Jika sebaliknya, masih sempat untuk kita bertaubat mengubah diri supaya menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah maha pengampun.

padang mahsyar

Siapa yang tidak mahu ke syurga kan? Jika ditanya si pencuri, mungkin dia juga berkata ingin ke syurga. Namun, bagaimana amalan kita seharian? Layakkah kita ke sana? InsyaAllah kita semua layak ke sana dengan mengikut segala perintah dan tinggalkan larangan Allah.

Jom muhasabah diri dengan 'barisan umat Nabi Muhammad di padang Mahsyar'.

Barisan pertama: Manusia tanpa tangan dan kaki.

Mereka di dunia suka menyakitkan hati jirannya.

Barisan kedua: Manusia berwajah babi hitam.
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran.

Barisan ketiga: Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat.

Barisan keempat: Manusia yang mengalir dari mulutnya.
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli.

Barisan kelima: Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk.
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan keenam: Manusia yang tenggorok dan tengkuknya putus.
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya.

Barisan ketujuh: Manusia tanpa lidah dan keluar darah serta nanah dari mulutnya.
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

Barisan kelapan: Manusia yang berjalan terbalik (kaki ke kepala).
Mereka di dunia memakan harta anak yatim.

Barisan kesembilan: Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi.
Mereka di dunia memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh: Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal).
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya.

Barisan kesebelas: Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah menjulur sampai ke perut bahkan ke peha dan perut keluar kotoran yang sangat jijik.
Mereka di dunia meminum arak.

Barisan kedua belas: Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya.
Merekalah golongan yang beriman dan beramal soleh.

Peringatan bersama, untuk diri sendiri juga.
Jom sama-sama sentiasa perbaiki dan muhasabah diri supaya kita termasuk dalam  barisan kedua belas. InsyaAllah boleh.

Sumber: Nota zaman sekolah dulu.


12 comments:

  1. Wawa nak barisan ke12

    ReplyDelete
  2. semoga kita tergolong dalm golongan yang beriman

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg mrnarik
    dpt bca di hri jumaat
    peringatan bersma
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar.Semoga kita tergolong dalam golongan ke12, orang-orang yang beriman..amin

    ReplyDelete
  5. smoga kita berjaya ditempatkan pada barisan ke 12 amin :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana mengingatkan diri ini...
    moga kita sama2 tercalon dalam barisan 12
    amin!

    ReplyDelete
  7. Jemput join http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/giveaway-december15-by-icy-dan-para.html

    ReplyDelete
  8. Pilihlah dan usahalah kita nak dok dibarisa mana kan..

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua akan tergolong dalam golongan yang keduabelas tu. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. subahanallah..semoga Allah ampunkan dosa kita mai..takut betul banyak dosa ni

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.. Semoga kita semua trgolong dlm golongan yang ke-12.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda