Resepi | Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

08 November 2015

Resepi | Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh

Kek Cawan atau Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh

Kek coklat sememangnya mudah disediakan dan pastinya sedap. Terdapat pelbagai versi resepi kek coklat yang ada. Terpulang kepada kita untuk ikut yang mana, dan yang penting kek itu menjadi.

cupcake coklat lembab


Saya buat kek coklat dalam versi kek cawan atau cupcake. Buat cupcake, mudah dan jimat masa kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mengukus atau bakar. Saya buat cupcake guna kaedah mengukus dan hasilnya memang lembap! Resepi ini saya dapat dari Celoteh Hati Bella, terima kasih banyak-banyak. Jom cuba resepi mudah ini.

cupcake coklat lembab

Cupcake Coklat Kukus Lembap Meleleh

Bahan-bahan: (guna sukatan cawan)

3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara membuat:

1. Masukkan telur dan gula halus. Kacau sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sehingga betul-betul sebati.
4. Setelah adunan tadi sebati, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan mengikut pilihan sendiri.
7. Kukus selama 20 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama ganache.

Resepi Chocolate Ganache

Bahan-bahan:

50g serbuk kok
1sb minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (mengikut manis yang disukai)

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan, panaskan di atas api perlahan sambil kacau sehingga sebati dan likat.

Selamat mencuba!



9 comments:

  1. teringin nk mkn kek ni

    ReplyDelete
  2. Emmm. Sedapnya. :D
    Nak cuba resepi ni laa pulak!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kek... :)

    ReplyDelete
  4. Alaaaa tetiba terasa lapar cupcake pulak time2 macam gini..
    Huhuuu insyaAllah nnt boleh try resepi akak ni (=

    ReplyDelete
  5. alololo maisarah :)
    meleleh air liur tgk ni.
    terbaik la...

    ReplyDelete
  6. Akak nak tanya bahan-bahan kat atas ni untuk berapa cupcake ya dan berapa lama cupcake ni boleh tahan? Saya nak buat tuk doorgift majlis kahwin abang, Dalam 1000 jemputan..
    Senang sikit nak bajet barang, xde la terlebih @ terkurang nty..
    Urgent ye, harap cepat balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti berapa tapi boleh dapat lebih 15 biji tak silap saya. Ketahan an cupcake bawah suhu bilik tak pasti. Kalau masukkan dlm peti sejuk insyaAllah tahan lama.

      Delete
  7. Saya guna resepi ni ye.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda