PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

29 December 2015

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

rahsia penyakit

Asas 5 jari:
  • Jari telunjuk : Usus
  • Jari tengah : Jantung
  • Jari manis : Imuniti 
  • Jari kelingking : Rahim/tulang belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan kome, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu menghadapi stress ataut tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini dikira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Ce sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakn anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

2 comments:

  1. Alhamdulillah, tangan ena masih sihat.. Hopefully dalaman pun sihat juga seperti yang ditunjukkan di tangan hehehe

    ReplyDelete
  2. nak nangis baca uhukkkks :( sedih sebab kita sebab ada bulan sabit putih kat jari.
    t.kasih atas perkongsian. berguna sangat :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda