Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nasihat Untuk Adam dan Hawa

Nasihat Untuk Adam dan Hawa 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan mudah kita bernafas dalam jiwa hamba. Kadang-kadang hati tidak kuat dengan sesuatu ujian yang datang. Mungkin terfikir bahawa diri tidak mampu untuk mengharunginya tetapi itu cuma fikiran kita sendiri sebelum melakukannya.

Alhamdulillah, ramai saudara seagama yang sudah mula berubaha ke arah yang lebih baik. Daripada tidak bertudung, sekarang manis bertudung..dan sebagainya. Namun pasti ada yang melihat negatif tentang perubahan diri. Ramai yang berkata bahawa senang untuk berubah, tetapi payah untuk istiqamah. Apa yang penting, betulkan niat kita hanya kerana Allah. 

Antara perkara yang sepatutnya dilakukan untuk kekal istiqamah ke arah kebaikan:

nasihat

1. Jangan tinggal solat fardhu.
2. Tutup aurat dengan sempurana.
3. Solat Dhuha dan Tahajjud.

Jadi, jom sama-sama kita dekatkan diri kepada Allah. Jangan selalu fikir negatif tentang diri sendiri kerana itu perangkap syaitan. Wallahu a'lam.



5 ulasan for "Nasihat Untuk Adam dan Hawa "