Kucingku Mengalami Tanda-tanda Sporo - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

26 May 2016

Kucingku Mengalami Tanda-tanda Sporo

Kucing yang Mengalami Tanda-tanda Sporo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua.
Hari Khamis minggu lepas (19 Mei 2016), saya telah membawa salah seekor kucing daripada 5 ke klinik haiwan, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Kangsar kerana terdapat ulat pada luka kucing tersebut. Saya perasan ada ulat pada luka kucing tu pun pada malam Khamis tu (Rabu). Allah..sayu hati bila tengok kucing macam ni. Doktor sahkan juga kucing betina saya, Memey mengalami tanda-tanda penyakit Sporotrichosis atau kebiasaannya dipanggil singkatannya Sporo.

Terkejut bila doktor vet beritahu Memey ada tanda-tanda penyakit Sporo. Sebab tahu penyakit jenis ini adalah serius dan boleh berjangkit kepada manusia.

ubat penyakit Sporo kucing

Apa itu Sporo atau Sporotrichosis

Menurut blog Klinik Haiwan Kampar, (pemiliknya adalah seorang doktor veterinar) penyakit sporotrichosis disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii (S. schenckii). 

Penyakit ini boleh mnyebabkan kucing kita maut sekiranya terlewat diberikan rawatan, bahkan kita sebagai tuannya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit yang serupa macam kucing kita. Jadi, aspek keselamatan perlu dititikberatkan seisi rumah tatkala kucing dijangkiti penyakit sporo ini.

Punca? Dari mana datangnya fungus ini? Siapakah yang berisiko?

S.schenckii berasal dari atas tanah, terutamanya dibawah timbunan tumbuh-tumbuhan yang reput. Sangat banyak, dan hanya melalui luka kecil misalnya tertusuk duri ros, agen ini boleh menjangkiti kucing anda, dan ANDA juga! Oleh kerana itu, penyakit ini juga dikenali sebagai Rose gardener's disease.

Telah menjadi lumrah kucing sekiranya selepas membuang air besar meraka akan menggaru untuk menutup najis mereka.

Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.

Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai dikatakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga didapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.

Begitulah serba sedikit tentang Sporo yang ditulis oleh pemilik blog Klinik Haiwan Kampar.

Luka pada Badan Kucing yang Tidak Sembuh

Pada badan Memey terdapat satu tompokan luka pada mulanya dijahit. Memey ni jenis tak suka duduk diam dan suka grooming bulunya. Selepas beberapa hari dijahit, mungkin terasa gatal pada jahitan tersebut. Maka digigitnya sehingga tercabut benang jahitan. Saya pun bawa semula Memey ke klinik kerana jahitan yang sudah terbuka. Doktor beritahu luka Memey tidak perlu dijahit semula sebab dah nak baik lukanya. Cuma perlu diberi antibiotik dan sapu iodin sahaja. 

Tapi dah nak masuk 2 bulan, luka tu tak juga sembuhnya. Masih basah. Cuma sekeliling kulit tepi luka tu je yang nampak kering. Selain beri antibiotik dan sapu iodin, saya juga sapu luka tu dengan minyak gamat tapi tetap tiada perubahan.

Sampailah satu hari (Rabu, 18 Mei 2016), saya nampak ada banyak ulat bergerak-gerak pada permukaan lukanya. Lalat dah bertelur atas luka tu. Esoknya (Khamis, 19 Mei 2016) luka Memey ada kesan lubang-lubang kecil disebabkan ulat tu makan isi. Keadaan Memey pada hari itu juga lemah dan tiada selera untuk makan. Disebabkan itulah saya bawa Memey ke klinik untuk dapatkan rawatan. Setelah doktor vet membuat pemeriksaan pada Memey, Memey sedang mengalami tanda-tanda sporo. Doktor mengeluarkan ulat dengan melakukan pembedahan kecil dan menjahit semula luka tersebut. Mungkin luka yang terbuka tu juga menyebabkan jangkitan sporo ini. Saya perasan juga, terdapat luka kecil pada dahinya (atas mata kiri) dan luka di celahan jari kaki kiri. Memey adalah semi roamer (berkeliaran di luar rumah), berak di luar je tapi sentiasa tidur dalam rumah. 
penyakit sporo kucing
Luka pada badan Memey yang dijahit semula

Doktor beritahu lagi Memey masih boleh sembuh dengan penjagaan yang rapi. Beberapa jenis ubat juga diperlukan oleh kucing yang menghidap sporo. Antaranya, krim Travocort, tablet anti fungus (ketacanazole/flukazole), vitamin untuk hati dan juga antibiotik.
ubat penyakit Sporo kucing
Ubat untuk mengubati penyakit Sporo pada kucing
ubat penyakit Sporo kucing
Antara ubatan yang diperlukan oleh kucing penghidap Sporo
Doktor juga sarankan kepada agar pentingkan kebersihan dan keselamatan. Nak sapu krim atau apa saja, perlu gunakan sarung tangan untuk elakkan kulit kita daripada terkena gigitan kucing penghidap sporo yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia.

Apa pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengubati Memey supaya bebas daripada penyakit Sporo dan aktif seperti sebelum ini. Semoga Memey cepat sembuh, insyaAllah.


5 comments:

  1. macam ada lagi 1 ubat je miss..ubat makan utk sporo..xingt namenya...cuba tnya mereka yang pernah ada pengalaman kucing sporo survivor..cuba tnya bro Razeef..dia banyak jaga kucing yg kna sporo

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlupa tulis ubat anti sporo :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. akak nak tanyer.. macam mana keadaan kucing ni sekarang? terima kasih utk blog... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..luka yg ada kat kucing masih belum sembuh. dah berbulan jugak ni. tapi alhamdulillah nampak perubahan. lukanya semakin kecil.

      Delete
  3. Asalamualaikum saya nak tanya akak bawak pergi vet swasta or kerajaan? Dan berapa kos rawatan semua sekali? Saya adopt seekor stray cat dan belum bawa ke veterinar hanya berubat di rumah dlu sbb banyak baca tentang kos rawatan sporo yang agak tinggi , saya dapati kucing yg saya adopt ada tanda sporo . Boleh kongsi?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda