KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 September 2016

Program World #QuranHour 9 Zulhijjah 1437H

Program World #QuranHour 2016

Program World #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijjah 1437H bersamaan 11 September 2016 (Ahad ini). Program ini bukan sekadar majlis biasa. Program sejam bersama al-Quran ini diadakan serentak di seluruh dunia. Ia adalah sebagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang perlunya kembali kepada al-Quran. Dengan kembalinya kepada al-Quran, insyaAllah kita dapat membetulkan yang salah dan memperbaiki diri kita.

world #QuranHour

Alhamdulillah bagi orang yang dapat meluangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca al-Quran. Bagi mereka yang sering berkata tidak berkesempatan untuk membaca aya-ayat suci ini, inilah masanya untuk kita sama-sama berada di dalam satu program yang insyaAllah mendapat keberkatan daripada Allah. Luangkan masa hanya selama sejam bersama al-Quran. Tak lama mana pun. 

Lagi ramai yang sertai, lagi bagus. Bukan sekadar membaca al-Quran semata-mata. Kita boleh bertadarus bersama keluarga atau rakan sambil membetulkan bacaan kita dari segi tajwid dan apa saja yang berkaitan dengan al-Quran. Lagi baik jika al-Quran kita sudah ada terjemahan ayat-ayat al-Quran. Ini memudahkan kita untuk lebih memahami maksud ayat tersebut dan membuatkan diri semakin seronok membaca al-Quran apabila kita mula faham dengannya. 

Jom sama-sama kita hidupkan program World #QuranHour pada hari Ahad ini. Tak tahu atau tak pandai baca al-Quran, boleh belajar. Jangan malu dan jangan jadikan ia satu alasan untuk tidak membaca al-Quran. 


Kongsikan

Artikel berkaitan

Program World #QuranHour 9 Zulhijjah 1437H
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

2 komen

Tulis komen
avatar
9.9.16

terima kasih atas ingatan

Reply
avatar
10.9.16

noted..hehehe

Reply

Terima kasih atas komen anda