Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Patahnya Sebelah Sayap Terbaik!

Drama Patahnya Sebelah Sayap

Ramai yang kata drama Melayu ni entah apa-apa je jalan ceritanya. Asyik bercerita soal cinta, harta, pangkat dan wanita. Tapi itulah kenyataan yang orang Melayu sendiri sedang hadapi. Jalan cerita setiap drama Melayu adalah berkaitan dengan masyarakat Melayu sendiri. Yang terdapat pengajaran dalamnya. Seperti drama yang hangat diperkatakan sekarang ni, drama Patahnya Sebelah Sayap.

Patahnya Sebelah Sayap

Watak utama drama Patahnya Sebelah Sayap dibawa dengan jayanya oleh Ummi Nazeera. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon Aeril Zafril dan Izzue Islam. Tak miss tengok drama ni yang ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula pada jam 10.00 malam.

Memang masuk la Ummi dengan watak Alisha. Sabar sangat Alisha dengan apa yang terjadi kat dia. Disebabkan sayang dan percaya dengan, sanggup berkorban kerana cinta tapi disalah gunakan korban itu hanya kerana wang. Kemudian dicemuh dan diburuk-burukkan pula atas kesalahan yang bukan dilakukannya. Sampai saya yang tengok ni pun geram dan sakit hati je dengan Amzar dan ibunya.

Cerita macam ni memang wujud pun dalam masyarakat Melayu sendiri kan? 

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Drama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Untuk cerita selanjutnya, sila tonton sendiri ok, hehe ;)

Drama yang patut anda tonton. Pelakon yang dipilih pun bagus. Tak kaku dan kayu. Jalan cerita juga menarik perhatian penonton. Semoga para pelakon yang terlibat sentiasa meningkatkan mutu lakonan mereka. Saya bagi 4.5/5 untuk drama ni.

Tonton Online Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sebenarnya ramai juga yang cari drama Patahnya Sebelah Sayap ni untuk tontonan secara online. Anda boleh tonton menerusi Tonton.my atau di youtube ye :) Saya support usaha keras pelakon dan krew yang menjayakan drama ini. Jadi, saya takde link nak sertakan untuk download drama ni.

Ummi Nazeera
Comel je Ummi Nazeera ni

Sumber sinopsis drama: Blog Shino


Catat Ulasan for "Drama Patahnya Sebelah Sayap Terbaik!"