Bulan November Bulan Naik

Kenaikan Harga Minyak Masak dan Petrol

Pejam celik, tahun 2016 hampir tiba ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan November pun. Bulan November juga kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol dan minyak masak. Sampai orang pun naik minyak.

minyak masak naik, petrol

Bukan hendak merungut, jauh sekali tidak bersyukur. Tetapi melihat kepada pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang banyak berada di tahap sederhana membuatkan ramai yang merasa terbeban dengan kenaikan ini akibat penstrukturan semula subsidi minyak masak. Harga minyak masak yang naik serentak dengan harga petrol, amat memberikan kesan terhadap pengguna.

Semalam tengok berita di TV dan ada seorang yang berpangkat dalam bidang politik ni bercakap soal kenaikan harga minyak masak. Boleh pula dibuat kira-kira yang tidak masuk akal tentang penggunaan minyak masak. Berangin jugak la rasa. Mungkin yang berpendapatan tinggi tidak berapa rasa kenaikan minyak masak dan petrol dalam satu masa. Tapi bagaimana dengan rakyat yang berpendapatan sederhana? Penduduk kampung yang hanya menyara kehidupan dengan menoreh getah?

Harga minyak paket dikekalkan. Tapi minyak paket ni tak bagus untuk kesihatan. Minyak kitar semula. Kalau kanak-kanak kerap makan makanan yang digoreng menggunakan minyak tu, bagaimana agaknya dengan kesihatan mereka pada masa akan datang..hmmm.

Menurut seorang menteri, harga pasaran minyak masak di negara Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Bagi saya tak perlu buat perbandingan begini. Kerana setiap negara berbeza nilai matawang dan keadaan ekonominya. Apa yang perlu dibuat ialah, perbelanjaan negara Malaysia betul-betul mengikut seperi kira-kira yang telah dibuat tanpa ada pembaziran yang tidak munasabah.

Apa pun, semoga rakyat Malaysia bertabah dengan keadaan ini. Berjimat cermat ketika membeli. Jangan lupa menabung untuk masa depan walaupun hanya RM1 setiap hari.


{ 10 comments.. read them below or add one }

LZ - The Blog Owner LZ - The Blog Owner November 02, 2016
Assalamualaikum Maisarah,

Kecewa sbb mula2 kata hanya khabar angin tp tetiba jd official.. So 'org berpangkat' skrg menipu rakyat. Umpama baling batu sembunyi tangan.. Kesian rakyat jelata.. :'(
Sheila Adziz Sheila Adziz November 02, 2016
akak tengok iklan berita saja... dah malas nak tgk berita.... mcm masuk telingan kanan keluar telinga kiri byk yg tak betul cakap.... tang kira2 pandai lak depa duk mengira bagai....
Maisarah Humaira Maisarah Humaira November 02, 2016
waalaikumussalam.. tu la. terasa bebannya :( semoga Allah melimpahkan rezeki yang baik kepada kita semua
Maisarah Humaira Maisarah Humaira November 02, 2016
tu la akak..kita rakyat biasa ni yg terpaksa menanggung bebanan tu
Amanda Suria Amanda Suria November 02, 2016
Betul tu...dah la .November rain kan..semua naik..terkejut gak tgok minyak masak botol kecik tu dari RM3.60 naik ke RM4.70
Aku Penghibur Aku Penghibur November 02, 2016
november yang pernuh emosi..minyak naik..comfirm harga makanann pun naik
athirah hassin athirah hassin November 03, 2016
xpe hujan je yg turun dekat Malaysia ni
Maisarah Humaira Maisarah Humaira November 04, 2016
huhu..siapa la yang dengar luahan hati rakyat kan. sedih
Maisarah Humaira Maisarah Humaira November 04, 2016
betul..serentak pula dengan kenaikan harga petrol. memang rasa terbeban
Maisarah Humaira Maisarah Humaira November 04, 2016
hehehe..harap2 emas pun turun la kat Malaysia ni

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)