Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Salam Maulidur Rasul 1438H

Maulidur Rasul 1438H/2016H

12 Rabiulawal merupakan salah satu tarikh penting dalam sejarah Islam. Ia adalah tarikh Maulidur Rasul, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. Hari ini, 12 Rabiulawal 1438H kita menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 2016.

maulidur rasul 1438H

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016H

Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016H bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Seperti yang dinyatakan di Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ukhuwah Islamiah merupakan satu ikatan akidah yang dapat menyatukan hati semua umat Islam, walaupun tanah air mereka berjauhan, bahasa dan bangsa mereka berbeza. Setiap individu dalam kalangan umat Islam sentiasa terikat antara satu sama lain, umpama sebuah bangunan yang kuat dan kukuh.

Penyatuan Ummah pula membawa maksud masyarakat Islam mestilah bersatu hati dalam menyelesaikan pelbagai masalah, bekerjasama di antara satu sama lain dan juga berusaha untuk menjadi umat yang kuat serta mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.


Maulidur Rasul Bukan Sekadar Perarakan

Sambutan Maulidur Rasul bukan hanya pada perarakan sahaja. Mengingati perjuangan, pengorbanan dan mengikuti sunnah Rasulullah itu lebih utama. Bukan juga hanya diingati pada tarikh tersebut sahaja, tetapi setiap hari, setiap masa dan tidak kira di mana kita berada.

Jangan kedekut untuk berselawat ke atas Rasulullah Nabi Muhammad ﷺ kerana Baginda adalah pemberi syafaat kita di akhirat kelak. Ikutilah al-Quran dan sunnah Baginda Rasulullah yang sepatutnya menjadi panduan hidup kita.

Semoga kita sentiasa mengamalkan dan menghidupkan akhlak Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. InsyaAllah.


Baca juga > Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah ﷺ



1 ulasan for "Salam Maulidur Rasul 1438H"