Cabai Burung Pun Kau Curi!

Saya selalu juga tidur lewat. Bila tidur lewat tu, macam-macam perkara boleh lihat, waktu inilah bunyi-bunyi pelik akan keluar. Kalau bunyi pelik keluar, saya masuk tidur terus. Takut dalam berani 😄

Semalam tidur agak lewat sebab nak siapkan kerja design. Dalam jam 1:20 pagi, sebuah motorsikal lalu depan rumah. Tiba-tiba berhenti tak jauh dari rumah. Waktu tu lampu di ruang tamu belum ditutup. Bila motorsikal tu berhenti, cepat-cepat saya padamkan lampu nak tengok orang tu.

Mereka berdua. Salah seorang daripadanya menyuluh sekeliling guna torchlight. Makin debar pulak hati ni sebab takut tapi saya tetap teruskan perhati mereka. Kawan dia pun jalan sampai ke pokok cabai burung. Ingatkan dia nak teruskan jalan sampai ke rumah saya, rupanya situ je.

Siap pandang kiri, pandang kanan. Line clear terus dicabutnya cabai daripada pokok tu. Makin lama makin banyak pulak dicabutnya. Lampu neon ada kat depan pun mereka tak takut. Cepat-cepat saya on lampu garaj kereta dan mereka terus lari.

Alahai... cabai burung pun nak curi ke. Rasa nak gelak pun ada. Takpe la husnu dzon. Mungkin mereka nak masak megi letak cabai burung banyak-banyak kot. Kalau nak buat jual, jawab saja dengan Allah nanti.

cabai burung
FOTO CHILEPLANET.EU

Kalau ye pun nak buat makan, apa salahnya beritahu sebelum ambil. Mungkin lagi banyak yang akan diberi. Orang sekarang ni tak kira dah. Apa saja yang dianggap boleh buat duit, cepat saja dicurinya. Macam ni lah kat kampung. Pantang nampak benda berharga, terus saja dirembatnya.

Lebih baik meminta daripada curi. Apa pun, biarlah orang-orang tu sedar dengan apa yang telah dilakukan. Masih banyak lagi pekerjaan yang halal boleh dilakukan selain mencuri. Tak salah kalau bercucuk tanam sendiri dan hasil daripada tu dijual.

Macam-macam fi'il orang zaman sekarang ni kan ;)

Minta-minta banyak la burung buang 'baja' cili depan rumah mereka tu dan tumbuh la pokok banyak-banyak.. heeee


4 comments.. read them below or add one

Amanda Suria Amanda Suria Januari 25, 2017
Hahahahha...gelak besar dh akak baca..sabar jer la
aizamia 3 aizamia 3 Januari 26, 2017
Nak pergi kedai, kedai dah tutup.. mana dah jelah deme tu.. tapi memang tak patutlah buat kerja macam tu.
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Januari 29, 2017
Hehehe..tu la macam2 orang ni kan
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Januari 29, 2017
Tak patut sebab ambil macam tu..kan bagus kalau dia minta

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)