Tahniah Faiz Subri, Anda Kebanggaan Malaysia

Sepakan Tuah Gol Faiz Subri Memberi Hasil yang Tidak Terjangka

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri atas kejayaannya meraih Anugerah Puskas Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland. Ini adalah satu kejayaan yang tidak ternilai buat Faiz Subri sendiri dan menjadi kebanggaan Malaysia.

faiz subri, puskas
FOTO ESPNFC

Gol cantik yang telah dilakukan olehnya membuatkan beliau tercalon antara beberapa pemain bola sepak handalan dunia dan dikenali ramai. Alhamdulillah, rezeki Allah berpihak kepadanya. Sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Jaringan menakjubkan yang telah dilakukan beliau disifatkan seperti melanggar hukum fizik ketika itu, merupakan gol sepakan percuma yang melencong ke arah berlawanan. Namun sepakan tersebut membantu pasukan Pualau Pinang untuk menang 4-1 menewaskan Pahang. Tengok saja lencongan bola yang memasuki gawang gol, kita pun rasa tak percaya juga kan. Tapi ini semua kerja Allah. Takdir Allah yang membuatkan bola tersebut untuk masuk ke gawang gol walaupun sepakan tersebut dibuat dari arah tepi. Kagum sungguh!

Kerana jaringan gol cantik itu, cepat saja menular ke merata dunia. Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah yang berusia 30 tahun ini telah menjadi motivasi sebagai penguat semangat kepada rakan-rakan sepasukannya untuk meningkatkan lagi mutu permainan, semangat dan usaha dalam arena bola sepak negara seterusnya ke mata dunia.



Syabas anak Malaysia, Faiz Subri anda setanding pemain dunia!

Tahniah Faiz Subri, Anda Kebanggaan Malaysia Tahniah Faiz Subri, Anda Kebanggaan Malaysia Reviewed by Maisarah Humaira on Januari 10, 2017 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Tahniah Faiz Subri.. Kejayaannya mengharumkan negara

    BalasPadam
  2. Tahniah Faiz Subri... Tahniah Malaysia...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.