Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kempen 'Warranty Day' daripada Senheng

Kempen 'Warranty Day' daripada Senheng

Sebut saja barangan elektrik atau perkakasan rumah, pasti kita teringat Senheng. Siapa yang tak tahu Senheng bukan? Kedai elektrik dengan trademark warna hijau, Senheng merupakan salah satu daripada rangkaian kedai elektrik utama di Malaysia. Senheng beroperasi dengan lebih 100 buah kedai di seluruh Malaysia supaya pelanggan mudah untuk mencari mereka. Semakin hari, pelanggannya semakin bertambah. Jadi, Senheng memperkenalkan Warranty Day Promotion dikenali sebagai W-Day khas untuk pelanggan setianya.

Warranty Day (W-Day) Senheng
Warranty Day (W-Day) untuk pelanggan setia Senheng
(tertakluk kepada terma dan syarat)
Wow, satu penghargaan daripada Senheng kepada pelanggannya. Pasti anda tertanya-tanya, apa itu W-Day bukan?

W-Day (Warranty Day) adalah Promosi Hari Waranti eksklusif daripada Senheng untuk pelanggan setianya. Promosi W-Day terbahagi kepada dua iaitu:

Promosi 1: Anda hanya perlu membayar RM1 untuk menikmati '1 to 1 Replacement Warranty' dalam masa 24 bulan. Promosi ini hanya layak untuk peralatan elektrik kecil RM500 ke bawah.

Promosi 2: PERCUMA waranti TAMBAHAN selama 2 tahun untuk peralatan elektrik, perkakas rumah dan peralatan digital pada W-Day. Promosi ini adalah layak untuk barangan yang bernilai RM500 ke atas.

Kalau anda nak tahu, Promosi W-Day ini hanya sah pada 1 hari sahaja iaitu pada setiap 1 hari bulan setiap bulan. W-Day ini telah pun bermula pada 1 Disember 2016 dan akan berlangsung pada bulan seterusnya pada setiap 1 hari bulan. Sebagai contoh, pada 1 Januari, 1 Februari, 1 Mac dan setiap 1 hari bulan pada bulan seterusnya.

Jadi, saya terus ke kedai Senheng berdekatan iaitu di Kuala Kangsar untuk melihat pelbagai barangan yang layak untuk Promosi W-Day.

barangan elektrik, Senheng
Pelbagai barangan berjenama yang layak untuk Promosi W-Day. Rambang mata dibuatnya!
(tertakluk kepada terma dan syarat)
barangan elektrik, Senheng
Tengok2 DSLR dan telefon pintar Huawei 
barangan elektrik, Senheng
Pelbagai barangan elektrik untuk dapur di bawah RM500
(tertakluk kepada terma dan syarat) 
barangan elektrik, Senheng
Macam-macam saiz TV ada!
barangan elektrik, Senheng
Kagum tengok TV yang bersaiz besar ni. Memang cantik gambarnya dan berkualiti. 

Wah, pelbagai jenis peralatan elektrik, perkakas rumah dan peralatan digital ada di Senheng. Seronok membeli di Senheng sebab boleh mohon waranti tambahan lagi tu. Jadi, tidak perlu risau jika barangan elektrik yang anda beli itu rosak setelah tempoh waranti yang telah dibekalkan untuk produk tersebut tamat kerana barangan tersebut masih memiliki WARANTI TAMBAHAN 2 tahun lagi.

Kaum wanita memang suka membeli-belah, lagi-lagi jika keluar beli-belah barangan keperluan. Isteri pasti berasa kagum jika suami mampu menyediakan beberapa sarapan ringan untuknya, dan akhirnya suami akan membawa isteri ke Senheng pada W-Day untuk membeli-belah barangan elektrik yang menjadi idaman. Seronoknya!

Pastinya Promosi W-Day menjadi hari yang gembira buat si isteri. Pelbagai jenis peralatan dapur dan barangan elektrik idaman isteri seperti gambar di bawah ini dapat dibeli bagi mempercepatkan tugas harian mereka...

barangan elektrik, Senheng
Antara barangan elektrik (berharga di bawah RM500) yang layak untuk '1 to 1 Replacement Warranty'
(tertakluk kepada terma dan syarat)
Isteri juga tak perlu risau jika tiba-tiba barangan elektrik yang sedang digunakan itu rosak atau tidak boleh berfungsi. Bawa terus barangan tersebut ke kedai Senheng beserta waranti. Pasti mereka akan memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Jom ke kedai Senheng sekarang juga!

Kedai Elektrik Senheng Kuala Kangsar
Untuk pengetahuan anda, Promosi W-Day ini hanya sah untuk ahli PlusOne sahaja. Teringin nak dapatkan waranti tersebut? Anda mesti menjadi ahli Senheng PlusOne dengan membuat bayaran sebanyak RM12 sahaja.

Ini sangat menarik! Untunglah pelanggan setia Senheng. Jadi, tunggu apa lagi. Segeralah ke kedai Senheng berdekatan anda untuk mendaftar sebagai ahli PlusOne disamping dapat menikmati pelbagai promosi dan tawaran hebat daripada Senheng.

1 ulasan for "Kempen 'Warranty Day' daripada Senheng"

  1. SenHengmudah dan berbaloi..beli jgn tak beli tau Mai

    BalasPadam