20 Februari 2017

Lapan Jenis Rezeki Daripada Allah

Rezeki yang Baik Dari Allah

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat menghirup udara dan bernafas serta dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah. Semuanya kerana Allah yang memberikan nikmat tersebut kepada kita. Ia juga merupakan rezeki yang tidak ternilai harganya.

rezeki daripada Allah

Tetapi, masih ada segelintir daripada kita mengatakan bahawa rezeki itu adalah wang semata-mata. Jika tiada wang, kehidupan tidak dapat diteruskan dengan sempurna. Bagi saya sendiri, wang itu memang penting , lebih-lebih lagi dalam urusan jual beli. Nak beli beras, mesti guna wang. Kalau tiada, tak makanlah jawabnya.

Disebabkan itulah ramai yang mencari rezeki kerana wang semata-mata. Jangan sampai mengejar rezeki menjauhkan kita daripada pemberi rezeki. Allahu...

Jadi, saya ingin berkongsi apa yang saya baca melalui perkongsian di grup emas yang saya sertai iaitu jenis-jenis rezeki daripada Allah kepada makhluk-Nya. Jom ketahui jenis-jenis rezeki tersebut.

Lapan Jenis Rezeki Daripada Allah


1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Begitulah antara jenis-jenis rezeki daripada Allah kepada makhluk-Nya. Terima kasih pada yang berkongsi ilmu ini di grup. Yang penting, jangan mudah putus asa walaupun dilanda ujian yang besar dan berusaha serta sabar untuk mencari jalan penyelesaiannya demi kehidupan yang lebih baik. Sentiasa bersyukur, bertawakal dan perbanyakkan amalan bersedekah tidak kira waktu kerana itulah harta kita yang sebenar untuk dibawa ke akhirat sana.

Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. InsyaAllah

Jom menjemput rezeki!


Previous Post
Next Post

About Author

6 ulasan:

  1. Betul. Rezeki ada banyak sumber. Tak dapat dari sini, dapat dari sana.

    Jom masuk bloglist saya,
    http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/2017/02/exchange-blog-link-by-mommy-muhaimin.html

    BalasPadam
  2. Ya Allah banyak sebenarnya rezeki yang Allah dah aturkan untuk kita. tinggal kita je sebagai hamba nak laksanakan perkara yang dituntut. Terima kasih berkongsi :)

    BalasPadam
  3. Bersyukurlah di atas setiap rezeki yang kita dapat kan?

    BalasPadam
  4. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah akan ada saja rezeki. :)

    BalasPadam
  5. Salam dear...
    Thanks for sharing this.
    Semoga kita semua dilimpahkan rezeki penuh keberkatan, amin.
    Cheers.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)