Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Masa Ibarat Pedang

Masa Anugerah Allah

Masa itu emas. Malah masa lebih berharga daripada emas. Setiap saat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Cuma kita yang buat-buat tidak nampak dengan nikmat itu.

Bagaimana dengan masa kita? Adakah hari ini sudah terisi dengan sebenar-benarnya? Adakah waktu kerja diselitkan dengan bersembang kosong? Atau curi-curi tidur? Imam Shafie ada mengatakan bahawa masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

masa ibarat pedang


Masa terus berlalu tidak menunggu kita. Amat rugi jika masa dibazirkan begitu sahaja dengan perbuatan yang melalaikan hati dan menjauhkan diri daripada Allah.

Apa sahaja yang telah dilakukan hari ini menjadi pengajaran buat kita pada masa akan datang bernama esok. Kalau hari ini kita biasa-biasa saja, esok kita cuba jadi luar biasa. Urus masa dengan yang amat bernilai itu sebaik-baiknya. Jadikan esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.


2 ulasan for "Masa Ibarat Pedang"

  1. betoi2.. tmbh lak klu urus perniagaan sndr. Maunya mmg kena jaga betoi masa.

    masa solat pon x jaga akan tinggal mcm tu ja kan.

    BalasPadam
  2. yaa...memang masa sangatlah bermakna..and masa tak bisa balik lagi. jadi kita harus hargai masa!!

    BalasPadam