Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sunnah Mudah Rasulullah yang Tidak Patut Diabaikan

Sunnah Mudah Rasulullah

Siapa sayang Nabi Muhammad? Mesti ramai yang jawab sayang kan 😊 Nabi Muhammad Rasulullah Salallahualaihiwasallam adalah pemberi syafaat di akhirat kelak. Tapi... kita ikut tak apa yang Rasulullah buat dan apa yang Rasulullah jauhi? 

sunnah Rasulullah

Kalau sayang, jom ikut sunnah Rasulullah. Beberapa sunnah Rasulullah yang mudah boleh kita boleh amalkan:

Sunnah Mudah #1

1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2. Tutup kepala apabila masuk tandas.

Sunnah Mudah #2

1. Kibaskan tempat tidur
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur

Sunnah Mudah #3

1. Minum dengan tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Sunnah Mudah #4

1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Sunnah Mudah #5

1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air kecil dan besar dalam keadaan duduk atau mencangkung
3. Masuk tandas jangan lama-lama.
4. Jangan makan dan minum dalam tandas

Sunnah Mudah #6

1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

Sunnah Mudah #7

1. Masuk masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yang di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah .

Sunnah Mudah #8

1. Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ini "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini".
2. Apabila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
4. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Sunnah Mudah #9

1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Sunnah Mudah #10

1. Pakai selipar kaki kanan dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat2.
3. Apabiila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring sehingga marah itu hilang.
4. Apabila marah, segera berwuduk.

Sunnah Mudah #11

1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak soleh)

Sunnah Mudah #12

1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yang ada dihadapan, jangan capai yang jauh.

Sunnah Mudah #13

1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan doa antara Imam berkhutbah sehingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Solat Jumaat.
5. Memakai wangi-wangian.

Sunnah Mudah #14

1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

Sunnah Mudah #15

1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali menyedut air.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik, sumbing atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yang besar seperti jug air dan botol yang besar.

Sunnah Mudah #16

1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah-sunnah yang disenaraikan di atas memang mudah mudah untuk kita amalkan. Tapi selalu juga kita abaikan atau buat tak tahu dengan sunnah tersebut. Tak rugi pun kita amalkan sunnah Rasulullah, dapat pahala lagi tu insyaAllah 😊

Setiap apa yang Rasulullah lakukan ada sebabnya. Jom sama-sama kita sebagai umatnya, menghayati sunnah Rasulullah.


2 ulasan for "Sunnah Mudah Rasulullah yang Tidak Patut Diabaikan"